Sedang aku bersiap-siap untuk balik kampung nak jenguk mak yang kurang sihat, tiba-tiba Along talipon memberitahu dia sedang berada di hospital kerana berasa sakit perut hingga ke pinggang.
Aku menaruh kepercayaan bahawa Along boleh urus hal ini sendiri kerana sudah dewasa. Aku pula agak jauh untuk segera ke sana. Lagipun, aku amat 'takut' nak memasuki yang bernama Kuala Lumpur.
Aku meminta 2 adik-adikku yang kebetulan tinggal di sana untuk melihat-lihat Along.
Mulanya, aku katakan... kalau seminggu kena tahan di wad boleh turunlah berat badan.
Tapi sebaliknya bila Along membalas kata bahawa... menu kat hospital ini macam menu restoran.
Terbalik kot lah nampaknya!
6 ulasan:
Semoga Along segera sihat sepenuhnya...
Bila dah berkeluarga begini lah selalunya
Dalampada nak ziarah emak.. Anak pula dalam hospital....
Dilema jadinya...
Tp semuga dipermudahkan segala urusan
Ya Allah...berbagai ujian yg IM hadapi..semuanya menguji kekuatan mental...
Columbia Asia yg kat mana tu, dekat area Balakong ada satu. Hospital mahal tu.
Dah balik ziarah mak?
Columbia Asia yg kat mana tu, dekat area Balakong ada satu. Hospital mahal tu.
Dah balik ziarah mak?
Ziarah mak semalam.
Alhamdulillah... beliau sihat nampaknya...
Catat Ulasan