Selasa, 7 Jun 2016

Berbuka Awai

menjaga abah di hospital Lam Wah Ee

'Abanggg...'

Lembut saja suara ibu_suri memanggil dari dalam bilik. 

Aku mengangkat badan dari kerusi. Terasa berat. 

Menyelak langsir bilik. Tersunggin senyum keanakan dari bibir ibu_suri. 

'Kenapa?'

'La ni solat Asar ke Zohor?'

Aku mengerut dahi. Memandang jam untuk kepastian. Jam dalam bilik ni pun bukan boleh percaya juga. Cepat dari waktu sepatutnya.

'Zohor lah. Kan baru tengahari ni. Awat... nak berbuka awai ka....!' 

Aku cuba berjenaka sambil melepaskan langsir pintu. Ada sedikit kehairanan. Jarang dia was-was tentang waktu solat. Sebaliknya, aku yang sering bertanyakan dia.

'Hu... kena solat balik la!' ujarnya diiringi ketawa halus kedengaran dari dalam bilik.

'Kalau dah tersalah niat memanglah kena buat balik. Solat tadi tak sah,' bisik hatiku.

Aku kembali melabuhkan punggung di kerusi meneruskan catatan di komputer riba.

1 ulasan:

Kak Yong berkata...

Semoga IM dan ibu suri serta anak-anak sihat-sihat sahaja di bulan Ramadhan ini.

Selamat menunaikan ibadah puasa..