Khamis, 22 September 2016

Cool Ajelah!



Aku sedang mengacau bancuhan teh dalam mug kesukaanku bila ibu_suri tiba-tiba tersembul di muka pintu dapur. 

"Nak mandi..." sambil berjalan terkedek-kedek persis anak kecil baru bertatih; membawa berat badan ke bilik air. Jelas desah nafasnya...

'Tamat sudah masa bersenang-senang aku pagi ni...' getus hatiku. 

Kekadang, usai sembahyang Subuh, ibu_suri akan tidur semula. Bangun bila hampir tengahari. 

Waktu ibu_suri masih diperbaringan itulah masa emasku untuk bersendirian. 

Bila bangun sahaja sidiaku ini, aku akan menjadi sibuk semula dan kekadang bersama kekangan dan tekanan.

"Marissa tak pi tadika hari ini," ujarku sambil mencucurkan air dari cebok ke seluruh tubuh ibu_suri.

"Kenapa?"

"Ntah... Bangun lambat le tu, agaknya..."

Jawapan bagi setiap pertanyaan dari ibu_suri ini memang perlu bijaksana. Sekiranya jawapan tidak memuaskan hatinya, samada kena marah balik atau kena jawap soalan cepu mas yang lain pula. Paling minima pun...

Tiba-tiba ibu_suri menjuih bibir sambil bersuara,

Uweeekkkk....

Itu bermakna dia kurang senang dengan jawapan aku itu!

Cool  ajelah!

7 ulasan:

Kakcik Seroja berkata...

Bersikap 'cool' itu perlu untuk tenangkan hati sendiri...

Kakzakie Purvit berkata...

Kalau itu jawapan balas ibu_suri adalah yg tak kena dgn alasan yg diberikan pada dia tu.

insan marhaen berkata...

Kakzakie Purvit,

memang betul tu. dia kecewa sebab tak dapat lihat/ambil cucunya dari tadika sepertimana biasa...

saniahibrahim berkata...

Memang kena cool je lah ,moga tak menambah ketidakpuasan hati ibu suri.

Nor Azimah Ali berkata...

Cool ajelah kan, bertuah tau ibu-suri tu dpt suami cam IM nih.

Nor Azimah Ali berkata...

Cool ajelah kan, bertuah tau ibu-suri tu dpt suami cam IM nih.

AtieYusof berkata...

Cool itulah yang paling baik kan IM.. sabar dalam melayan karenah.. insyaAllah besar ganjaran nya... :)