Khamis, 29 September 2016

Bangkit


lirik

Aku kira, ini masa terbaik untuk aku susunatur semula kehidupanku.

Seketiadaan Akhmal yang aku agak paling singkat pun adalah 6 bulan akan sedikit melapangkan dada dan fikiranku.

Aku mahu bangun semula menyusun perjalanan dan ibadahku walaupun dah jauh ketinggalan dan kealpaan. 

Sebaliknya ibu_suri, seperti aku jangka... akan sedikit murung.

Pagi ini dia tidak mahu mandi seperti kebiasaannya. Teringat Akhmal, ujarnya dengan sebek bila aku bertanya.

Tak mengapalah. Memang sudah dijangka.

Aku akan harungi segalanya ini dengan tabah dan teguh. Terima kasih kepada Along dan Angah... sayap kiri dan kananku sekarang ini!

7 ulasan:

Kakcik Seroja berkata...

Mendoakan segala yang terbaik buat IM dan Ibu_suri...

Nor Azimah Ali berkata...

Akhmal ke dalam lagi ke?

Nor Azimah Ali berkata...

Akhmal ke dalam lagi ke?

Kamsiah yusoff berkata...

Akhmal ditahan lg ke..apa pulak salahnya kali ni..

Kakzakie Purvit berkata...

IM lega Akhmal di sana tapi ibu_suri tu mak (jiwa seorg mak) memang gitulah
Jadi yg tanggung tetap IM juga.

Unknown berkata...

Sebaik-baik perancang hidup kita itu Allah Yang Maha Esa. Kita rasa lelah hari ini, mungkin esok Allah bagi penawarnya. Sabar dan redha dengan apa yang Dia berikan.

AtieYusof berkata...

Moga terus kuat & tabah IM... mudah2an semuanya dipermudah kan buat IM sekeluarga :)