Dalam seminggu ini aku terasa ada sedikit perubahan dalam diri. Ini adalah sesuatu yang posiitif. Harap ianya berterusan.
Pertamanya, aku berasa mudah untuk bangun solat Subuh di awal waktu. Yerjga bila terasa hendak buang air, melihatkan jam hampir waktu Subuh, aku tidak tidur semula sebaliknya mengambil wudhu dan menunggu azan berkumandang.
Keduanya, hampir 100% dari masa masa memandu aku mendengar lagu-lagu nasyid. Berbanding sebelum ini lebih banyak mendengar lagu-lagu bukan nasyid.
Sepertilah doaku sebelum ini didengari Tuhan...
Aku harap, perubahan ini berterusan dan terus berubah.
Seperti yang aku catatkan ke dalam fbku kelmarin bahawa...
'Hari iniku sepatutnya lebih baik dari hari semalam'
8 ulasan:
Alhamdulillah, semoga terus istiqomah
Alhamdulillah, semoga terus istiqomah
Semoga berterusan yang baik2 sahaja...
Alhamdulillah..semoga hari ini lebih baik dari semalam..Aamiiin!
Insya-Allah kalau dah ditanam dlm diri nak berubah boleh aje..
Alhamdulillah. semoga hari2 mendatang pun akan lebih baik ya IM... sama2 positif kan diri sentiasa.. :)
singgah dengar lagu kat cni...pilhan tk pernah mengecewakan..
Alhamdulillah.
Catat Ulasan