Rabu, 19 Oktober 2016

Kolestrol

Sebenarnya aku ada membuat pemeriksaan kesihatan semasa mendapat kupon dari KWSP (atau SOCSO... tak ingat...) beberapa tahun lalu.

Hasil dari pemeriksaan itu doktor memberitahu bahawa tahap kolestrol dalam badan melebihi paras sihat.

Walaupun beriya-iya doktor menasihatkan aku supaya kurangkan makan itu dan ini namun disiplin aku tak bertahan lama... aku kembali ke tabiat makan yang lama.

Sekarang ini aku mula bimbang sebab berasa tidak cukup cergas.

Basuh kereta tadi pun terasa amat letih persis berlari keliling padang bola.

Aku teringat perbualan aku dengan adik ipar masa balik kampung bebaru ini.

Katanya, dia amalkan minum minyak zaiton 2 sudu sehari. Baru ni bila diperiksa semula oleh doktor, katanya tahap kolestrol bertambah baik.

Aku ingat nak ikutlah cara ia. Nak makan oat seperti sebelum ini tak praktikal pada aku. Tak sedap lansung. Sudahnya, oat dalam tin dari warna putih dah jadi warna kuning.... luput tarikh agaknya.

Mungkin kalian ada nasihat atau pengalaman berguma untuk dikongsi dengan aku.

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Saya juga minum minyak zaitun 2 sudu besar sehari. Oat pulak saya blend dgn madu kurma dan kismis...barulah kena pd tekak saya

AtieYusof berkata...

Bahaya lah IM kalau kolestrol tinggi ni. Takut menyekat saluran darah ke jantung. Nauzubillah! selain minyak zaitun tu, mgkin IM boleh amalkan minum susu Omega Plus. memang berkesan jg kurangkan kolestrol. Mcm oat, sy pun tak berapa suka..huhu

Tanpa Nama berkata...

Puasa dan exercise. Daily

insan marhaen berkata...

TK atas nasihat.

Yang sesuai dengan saya, insyaAllah akan saya amalkan...

Bearcat berkata...

IM banyakkan makan ikan dan sayur. Exercise. InsyaAllah dalam masa 2 bulan kolesterol boleh turun.

TukangKebun berkata...

Kalau darah tinggi elok makan daun ginseng jawa, tapi bagi saya yang tekanan darah sesuai pula.
Saya pernah baca orang dulu amalkan makan ulam pecah beling untuk kawal tahap kolestrerol secara alternative.
Baru check gula dalam darah baru-baru ini, alhamdulillah paras okay.