Jumaat, 30 Disember 2016

Susahnya...

Nasib baik aku masih simpan talipon lama NOKIA yang dibeli semasa masih bekerja dulu... 2014. 

Aku ke kedai telekomunikasi dekat rumah. Beli kad sim baru XOX. Aku pilih jenama ini kerana tempoh hayatnya yang lama - 2 tahun.

Talipon pintar ASUS aku yang diambil Akhmal itu rasanya dah jadi arwah la. Kalau ikut cara, dia tak balik hampir seminggu, talipon itu dia jual untuk mendapatkan duit poket. Kalau tak, macammana dia nak sara hidupnya yang sebelum ini bergantung duit poket dari aku.

Dulu masa laptop aku hilang pun macam nilah keadaannya. Dia hilang tanpa berita hampir sebulan. Bila datang semula mengendeng tepi rumah, aku fahamlah bahawa dia dah punya apa-apa untuk sara hidup.

Aku cuma tunggu dan lihat!

Nampaknya, memang aku tak boleh mempunyai harta bernilai di rumah ini. Dah tak boleh lagilah berwassup. Kembali semula kepada gaya hidup lama. 

Malah untuk ada laptop baru (yang aku minta Along carikan di jualan terpakai kat KL) inipun mungkin aku terpaksa minta Angah simpankan dan aku ambil bila betul betul nak guna. Payah kan?

Aku pernah katakan kepada Angah bahawa jika ayah dan ibunya ini laku di pasaran, mungkin kami pun akan dijual. 

Susah bila punyai anak yang seolah olah tak punya perasaan dan istri yang tak ketentuan emosi. Aku seorang kena hadapi mereka berdua ini saban hari.

Huu... kalau tak kuat semangat, memang boleh lari malam!

5 ulasan:

Nor Azimah Ali berkata...

Ibu suri dah kuar wad yea?

Bunda_nora berkata...

Salam IM... semoga dipermudahkan segala urusan...

Selamat Tahun Baharu 2017 yang tak lama lagi bskal menjelma..

Kakcik Seroja berkata...

AllahhuAkbar...berat mata yang membaca, berat lagi IM yang memikulnya...

Semoga 2017 membawa sinar baru bersama kekuatan buat kita.

Kamsiah yusoff berkata...

YA ALLAH..semoga Akhmal diberi petunjuk olehNYA..

SalbiahM berkata...

tabah betul IM..semoga ujian yang ditempuh dibalas dengan pahala dari-Nya