Khamis, 16 Mac 2017

Teh Cina


Kelmarim aku terbaca satu artikel yang menyatakan bahawa cara meminum teh hijau atau teh Cina ialah ketika masih panas.  Ketika itu khasiat teh berada dalam keadaan optimum.

Jadi selama ini aku tersilap la.  Aku memanaskan teh ke dalam teko.  Setelah teh suam aku masukkan ke dalam peti ais.  Meminumnya apabila terasa dahaga sahaja.

Mr Zheng pernah beri aku sebuku teh Puerh Tea bila dia ketahui ibu_suri mengalami obesiti. Sayangnya ibu_suri ttak suka minum sebab tawar bila tanpa gula.  Selera ibu_suri ni memang payah sikit nak dilayan.

Jadi akulah yang perabis.  Dah hampir 2 tahun aku amalkan meminumnya namun rupanya dalam cara yang tidak betul.

Aku ada banyak stok teh jenis tanpa gula ini pemberian anak saudara dan kawan.

Mulanya memanglah tak sedap minum tehbtanpa gula ni tapi bila dah biasa rasa ok jer.

Setahu aku,  amalan minum teh di Cina dan Jepun juga tanpa gula.  Aku tonton dalam kebamyakan filem mereka,  mereka minum sikit sikit dalam mangkuk kecil.  Mungkin kerana itu tak ramai dari mereka yang obes macam kat Malaysia ni...

12 ulasan:

Warisan Petani berkata...

Minum teh hijau memang bagus kerana banyak khasiatnya.

Nor Azimah Ali berkata...

Ibu-suri apa kabar?

Nor Azimah Ali berkata...

Ibu-suri apa kabar?

Unknown berkata...

Betul. KLau kita order green tea kat sushi king pun rasanya sangat tawar.

AMIIZAA@Mieja berkata...

salams uncle
lama sungguh saya tak bw kesini
teh hijau memang bagus di amalkan

insan marhaen berkata...

Pada dasarnya sihat. Cuma kena banyak bantu dia dalam pergerakan.

insan marhaen berkata...

Ya... Ramai yang kata begitu.

insan marhaen berkata...

😀

Omong Mak Long..... berkata...

Assalam,
Mak Long amalkan minum teh hijau setiap pagi waktu perut kosong sebelum sarapan. Minum ketika masih panas. Teh hijau itu dicampur perahan jus lemon dan se sudu teh madu.

Bearcat berkata...

Saya memang suka teh cina. Teh panas tanpa gula :-)

SalbiahM berkata...

kena amalkan ni..boleh perlahan-lahan gantikan kopi

Tanpa Nama berkata...

Memangla tawar..