Sekarang ini aku berada di Perodua Seberang Jaya. Hantar kereta Angah untuk servis.
Badan berasa letih dan mengantuk. Memang ketara kesan usia tua ini membelenggu kecergasan diri.
Ditambah lagi dengan kerja yang terpaksa bergegas pergi dan balik waktu tengahari untuk ambil pulang cucu dari tadika dan mengurus makan tengahari ibu_suri dengan mengharung jalan yang hangat dan padat.
Nasib baiklah bos tempat kerja memahami permasaalahan keluargaku. Dia adalah kawan aku juga. Kawan dalam jamaah.
Aku selalu menyatakannpada ibu_suri bahawa aku tidak mahu sangat 'memanjakan' anak anakku dengan selalu sangat menolong mereka. Aku mahi mereka urus keluarga mereka sendiri dan tangani apa jua masaalah tanpa perlu bergantung pada ibubapa.
' Abang dulu pun, bila mula saja kerja hingga sekarang amat jarang mengadu apatah lagi minta tolong bila abang bermasaalah. Abang pikul sendiri, ' terangku pada ibu_suri.
Semalam Akhmal balik semasa aku keluar bawa ibu_suri keluar makan malam. Dia masuk dari pintu belakang sebab pintu depan aku baru saja tukar mangga. Memang dah agak, ada saja barang berharga dalam rumah aku di'curi'nya untuk survival dia hidup di luar.
Semalam, ditempat kerja beberapa kali sahabatku Rusli Hashim yang kebetulan ada memainkan lagu Anak nyanyian Freddie Aguilar ( bahasa Tagalog ) kemudian oleh Carefree. Aku yang sedang membuat kerja sedikit 'terganggu' perasan. Sayu dan pilu!
4 ulasan:
Sedih membaca luahan hati IM,bersabarlah dlm mebgharungi kehidupan
selain lagu ni, ada satu lagi lagu yang buat saya sayu iaitu Odei Anak (Raihan)...
ANAK dalam bahasa Tagalog tu begitu syahdu..saya dari dulu suka mendengarnya walaupun tak faham.
Itulah cabaran dengan anak-anak.
Masa ibu bapa kita besarkan kita bagaimanalah pula perasaan mereka kan?
Selalu saya terfikir sendirian...
Catat Ulasan