Malam tadi tak semena-mena kaki aku terasa sejuk dari paras buku lali ke bawah. Agaknya rasa beginilah yang pernah mak dan mertua aku rungutkan dulu dan minta di picit-picit.
Siang ini badan aku rasa seram sejuk. Berkali-kali aku bertanya kepada Saiful Nizam, anak sahabatku blogger JH, tuan punya kedai fotostat di sebelah ofis aku bekerja ini.
' Kat luar tu panas je... ' jawab Saiful.
Ntah kenapa aku teringat masa-masa akhir Tok Ba ( tok tiri kepada ibu_suri yang berbangsa Pakistan ). Aku tidak arif sebenarnya. Beberapa hari sebelum dia 'pergi', aku sempat meraba kakinya... sejuk macam air batu.
Aku mula membayang yang bukan-bukan dengan sejuk kakiku ini.
Masa balik tengahari tadi aku setelah selesai uruskan makan tengahari ibu_suri, aku suruh dia meraba kaki aku samada sejuk atau normal.
' Tak boleh lah. I ada wudhu' '
Aku ter'ketawa' sahaja. Sempat ke nak tebus ku hutang aku pada Tuhan yang masih banyak ni?
5 ulasan:
Hutang kita kepada Ilahi memang tak terkira, tapi kita cuba sedaya upaya untuk menebusnya...
Tatkala duduk sendirian, terasa gerun bila mengingatkan siksaan...
IM jangan ikut sangat kata hati tu, ajal maut tak kira muda @ tua, jaga kesihatan demi keluarga terutamanya ibu suri yang memerlukan penjagaan rapi.
Entah2 saya yang pergi dulu.. kita tak taukan??
saya dah lama almi kaki sejuk bagaikan ais...tukang urut cakap darah tak jalan..
Kamsiah Yusoff,
Mungkin juga tanda kolestrol tinggi dalam badan.
Catat Ulasan