Ahad, 18 Februari 2018

Maafkan Aku - Istri!


Semakin hari aku merasakan semakin lelah dalam menjaga ibu_suri. Aku tahu itu satu perasaan yang tidak baik tapi aku tidak betah menipu diri sendiri.

Di usia yang semakin luluh ini kederat, perasaan dan mental aku semakin menguncup. Aku kalau boleh nak rehat sahaja dari melayan kerenah ibu_suri yang selalu aku istilahkan 'aku hanya boleh rileks bila dia tutup mata untuk tidur. Bilamana dia dah kembali jaga, bermula episod aku tak boleh nak menonton tv siaran kegemaran, baring di luar bila mengantuk jauh sekali dari keluar berjumpa kawan atau hadir ke program kebajikan sendirian. '

Tak semudah kata-kata untuk menjaga seseorang yang bi-polar disorder ini. Emosinya tak menentu. Nafsu makan takbtetap. Bila dia kata 'nak' tak usahlah lambat untuk tunaikan atau berkata tidak. Jika dia kata 'tidak' pujuklah setara manapun dia tetap tidak walaupun hingga aku terpaksa menyain surat pelepasan dari masuk dimasukkan ke wad.

Lelah ini semakin terasa membebankan jiwa ini. Sementelah aku juga kian bimbang dengan tahap kesihatan diri.

'Tuhan, bantulah aku meneruskan kehidupan ini. Jauhkan aku sari rasa terpaksa atau leceh dalam mengurus kerenah istriku. Turunkan hidayahMu agar aku dapat kembali istiqamah sujud di kakiMu setiap waktu sebagai tanda nsan yang bersyukur'

Maafkan aku - istri!

7 ulasan:

Normala Saad berkata...

Redha dan bertabahlah.

Warisan Petani berkata...

Semoga tuan bertabah mengahadapi ujian hidup.

saniahibrahim berkata...

Bertabahlah IM ,walaupun terpaksa tapi kebergantungan istri hanya pada kamu.Semoga Allah dapat menolong keadaan yang IM hadapi.

Kamsiah yusoff berkata...

teringat kata2 doc yg merawat saya tempohari..lbh baik suami yg sakit dari isteri yg sakit,akak faham,kan...

Umialya berkata...

Faham perasaan IM.

Perasan ketakutan inilah sering saya suarakan kepada si suami.

Andainya saya jatuh sakit, adakah insan yang setia menjaga? Allahuallam..

SukaniMusik berkata...

pasti berat pak cik IM..
tak terbayang jika saya di posisi pak cik.
hanya bisa bernasihat 'sabar' saja.

Zaleha Pengedar Youth Vivix Shaklee berkata...

Semoga Allah Permudahkan segala urusan tuan & DiBerikan kesihatan yg terbaik untuk isteri tuan. Aamiin ya Allah