Ahad, 12 April 2020

Tøk Melah

Lama tak kemskini blog. Muga pembacaku masih ada dan sihat semuanya di musim pkp fasa  3 ini.

Maaf, tak betah menulis panjang sebab keterbatasan papankekunci talipon INI.

Aku kongsikan di sini sebuah kisah menarik yang aku terbaca di fbku. Muga bermanafaat kepada kalian semua.

.



https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=3456941234321620&id=100000173310638

.

Pukulan KO Tok Melah
( kredit fb: c.m sufian )


Pagi...di Sungai Mawaddah...

Baru saya mula bersiap-siap nak menjala ikan, kelihatan kelibat Tok Melah dan cucunya sedang mudik di Sungai Mawaddah sambil menebar jala. Usia Tok Melah dah hampir 80 tahun...saya ulang...hampir 80 tahun tuan-tuan. Saya pun terus menyorokkan jala. Memberi peluang kepada seorang tua bersama cucu-cucunya mencari rezeki.

Ah Yan : Assalamualaikum tok. Rajin tok menjala?

Tok Melah : Waalaikumussalam. Macam ni lah cikgu. Cari rezeki. Selagi ada kudrat, tok jala ikan. Boleh makan dengan anak cucu.

Ah Yan : Tok tak dapat apa-apa bantuan masa covid ni tok?

Tok Melah : Hishh...buat apa kita nak harap bantuan. Kita ada kaki. Ada tangan. Usaha sendiri. Ni...jala ikan ni pun tak habih makan. Buat perkasam lagi. Jual. Dapat juga tujuh lapan puluh ringgit seminggu. Habuan beli beras dan barang dapur.

Ah Yan : Ooo...tok buat perkasam. Saya nak beli lima puluh ringgit. Sat lagi tok suruh cucu tok hantar na...

Tok Melah : Nanti tok tengok kat rumah. Semalam ada dua balang lagi. Toksah dok beli-beli...arwah emak ayah cikgu kawan baik tok. Banyak tulong tok. Sat lagi cucu tok hantar.

Saya follow sekejap tengok tok menjala sambil merakamkan video ini. Kagum dan bahagia sungguh melihat telatah Tok Melah.

Tok Melah mengajar kita tentang :

1. Usah meratap nasib. Usah mengeluh kepada takdir. Ada 1001 cara untuk kita mencari rezeki tanpa "merangkak-rangkak" di hadapan orang lain.

2. Jika orang kata kita bodoh kerana tidak meminta-minta...itu tidak menjadikan kita hina dan miskin. Tak mati pun. Tak jadi apa-apa pun.

3. Sifir hidup ini mudah. Kita jadi "kecil" kerana jiwa kita kecil. Kita jadi "besar" kerana jiwa kita besar.

4. Hidup kena banyak bersyukur. Lagi banyak bersyukur...lagi banyak Allah tambah nikmat. Lagi banyak Allah tambah perkara untuk kita bersyukur. Lagi banyak komplen...Allah tambah lagi hal untuk kita komplen.

5. Energy positif akan tiba ketika kita memilih mengabaikan responds negatif dan kita mula melangkah maju ke hadapan.

"Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan dengan (merasai perasaan) kelaparan dan (dengan berlakunya)  kekurangan daripada harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang yang sabar."...Al-Baqarah:155.

Sekejap tadi, tengahari ini kedengaran bunyi motosikal. Cucu Tok Melah datang.

"Cikgu...tok suruh hantar ikan perkasam ni"...kata cucu Tok Melah sambil mengunjukkan dua bungkusan besar ikan perkasam.

"Nah...ambik duit ni. Bagi kat Tok. Kirim salam kat Tok na"...kata saya pula sambil mengunjukkan duit lima puluh ringgit.

"Tak payah la cikgu. Tok pesan jangan ambik duit. Tok hadiah ja. Saya balik dulu na"...kata cucu Tok Melah sambil menolak pemberian duit saya dengan baik dan terus berlalu pergi.

Saya termenung...

Hidup ini...ada kala singkat. Ada kala panjang. Kalau kita mati kerana Covid-19...innalillah...kalau kita hidup lagi selepas Covid-19...Nak mengeluh?  Nak meminta-minta?...

Hari ini...saya terima "pukulan KO" dari seorang tua bernama Tok Melah...

6 ulasan:

Yadzid7007 berkata...

As salaam..

Boleh tahu di mana lokasi tok melah?

Tq.

insan marhaen berkata...

Tak pasti pula. Mungkin boleh bertanya kepada admin
C.M. Sufian melalui link yang saya letak di atas..

SukaniMusik berkata...

salam pak cik..

keep spirit, saya tetap menunggu postingan pak cik di blog ini.

insan marhaen berkata...

Harap selepas pulih covid19 INI saya boleh aktif semula dengan blog.

TQ kerana tegar membaca.

Warisan Petani berkata...

memang hebat tok melah.

Kamsiah yusoff berkata...

Cantik sungai tu,jernih airnya..