Dah 3 hari ibu_suri mengadu sakit di bahu kiri. Mengerangdan menangisnya ngalahkan anak kecil. Minta dipici picit dan diurut, mau aku selalu duduk di sisi dia selalu. Dah macam lembu dicucuk hidung pula jadinya aku.
Tak tahu puncanya bagaimana ia boleh jadi begitu. Elok sahaja rasanya malam itu kami tidur bersama tau tau esok pagibya dia mengadu bahunya sakit. Bila bahu sakit kian sukarlab pergerakannya. Nak kesut badan ke kanan atau kiri jadi tetseksa sebab tangannya sakit. Pantang aku terusik sikit bahunya tika mengelap badannya sebelum tukar lampin dan baju juga dia dia akan mengaduh dan kekadanv menangis kerana bagi dia terlalu sakit.
Berkali kali dia minta aku bawakan dia ke hospital tapi tak semudah itu sebenarnya.
Entahlah... Lihat saja lagi 2~3 hari nanti bagaimana.
Kerja ofis aku juga terganggu. Dia tak bagi aku ke tempat kerja.
Kadang bila balik tengahari belikan dia makan, boleh dengar dia mengerang dari dalam bilik.
Bila time berak atau basab lenjun lamlin, lapik tidur dan bajunya dengan kencing, Tuhan sahaja yang tahu betapa aku terpaksa menelan segala kesabaran, bebal dan amarah yang bercampur baur dalam dada bersama keletihan, kejemuan dan ketidakupaya tenaga.
Muga Allah kuatkan semangatku ini. Aku masih tetap mahu menjaganya hingga akhir hayat dia. Muga Allah beri aku kesempatan menjaganya dan jangan ambil nyawa aku sebelum nyawa dia...
4 ulasan:
Semoga tabah menghadap ujian ini
Keadaan ibu_suri lebih kurang sama dengan saya tahun lepas..
Frozen Shoulder.. Kesakitannya tidak dapat digambarkan, sepatutnya perlu rawatan fisioterapi..
Ambil masa berbulan untuk reda dan hingga kini sebelah tangan saya agak lemah berbanding dgn sebelah lagi.
Ya, rasanya frozen shoulder tu, mmg kena buat fisio. Saya penah kena, tapi mgkn usia saya lebih muda dan tidak terlalu gemuk, jadi lebih mudah nak buat fisio tu. Sbb pergerakan fisio tu pun agak menyakitkan, tapi boleh try bawa ke klinik fisio tu, in shaa Allah pakar fisio tu tau nak buat camane
SA harap IM kuat..besar dugaan tinggi pahala IM jaga isteri yang sakit
Catat Ulasan