Selain hal ibu_suri dan AAA, AF juga kekadang membuat aku rasa tertekan.
Sejak PKP, anakku AF terkesan dengan kos sara hidup. Dia tidak mendapat gaji kerana syarikat tempat dia bekerja tidak lagi mendapat kontrak membekal simen kongkrit diakibatkan oleh sektor pembinaan diarah memberhentikan operasi.
Lihat klip video AF bawa lori di sini
Duduklah dia di rumah selama 3 bulan tanpa boleh berbuat apa apa. Pendapatan kosong selain bernasib baik mendapat bantuan dari skim BPN.
Tapi berapa lamalah sangat dia boleh bertahan dengan tanggungan istri serta 3 anak yang masih kecil.
Kelmarin dia mengadu kepada aku yang bekalan dapur rumahnya hampir kering. Duit yang ada dipoketnya juga tinggal saki baki untuk minyak kereta dan tol ke tempat kerja yang baharu saja nak pulih dengan tempahan konkrit. Itupun dia terpaksa bersaing dengan lain lain pemilik lori mixer milik syarikat YTL yang lain.
Aku pun tak tahu nak tolong dapatkan sumber RM untuk dia dari mana. Hanya harapkan abang dia AA yang dapat membantu sedikit.
Pendekkata, kekadang aku rasa jealous dengan kawan kawan aku yang lain. Mereka ada masa untuk membawa istri dan cucu berjalan jalan atau mengeteh dengan kawan kawan ramai sedangkan aku hanya dengan dunia aku yang seumpama di bawah tempurung.
Okey lah... Aku kena sediakan makan untuk ibu_suri.
Entri ini aku tulis sama masa dengan aku memandikan ibu_suri tadi...
2 ulasan:
keep strong pak cik...
semoga dimudahkan..
Harap semua terus kuat..memang sekarang sektor pekerjaan jadi sanagt susah..ada yang dberhentikan kerja..ada yang dapat separuh gaji..dugaan kan..
Catat Ulasan