Ya. Aku lansung tak pergi dia tengok di pusat tahanan reman Penjara Pulau Pinang walaupun dia merayu rayu supaya aku jenguk dia di sana nanti.
Ada beberapa sebab. Antaranya, nak melawat banduan sudah tidak seperti dulu. Pergi sahaja ke sana, ambil nombor dan tunggu sahaja giliran. Sekarang ini ( sebab isu PKP ), kena booking dulu melalui talipon. Itupun tak semestinya dapat sebab ada limit sehari cuma boleh sejumlah pelawat sahaja yang masuk.
Untuk booking pula kena berikan no mykad. No mykad Akhmal tak jumpa pula. Malas nak bersungguh-ungguh mencari pun ya.
Ketiganya, aku tahu. Bila jumpa dia nanti dia akan tergedik-gedik minta aku tolong dia ( jamin la tu ) sebab dia takut kalau jatuh hukum penjara 5 tahun dengan sebatan. Dia tahu, dia akan kena begitu sebab dia tergolong dalam kes berulang. Adalah nombor akta yang dia sebut. Aku pun tak ingat. Nak jamin bukan sikit duit kalau dan namanya 5 tahun. Manalah aku ada duit. Nak makan bulan-bulan pun jenuh fikir nak cekau mana.
Untuk ini aku tak lalu hati nak hadapi. Melihat dia merayu, aku tak sampai hati. Tapi jauh di sudut kalbu aku merasakan seperti tak mahu peduli. Dah letih. Dah tepu dengan sikap berulangnya mengambil dadah itu. Aku percaya ( berdasarkan pengalaman, pembacaan dan maklumat dari pegawai AADK dan polis ), manusia jenis ini lambat laun akan ulangi semula perangai lama kecuali jika dia sendiri benar-benar mau berjuang memperbaiki diri.
5 tahun... bukan masa yang enteng. Jika sekarang umur Akhmal 27 tahun ( tapi perangai macam budak17 tahun ), selepas 5 tahun dia keluar penjara umurnya 32 tahun. Bayangkan...
Kalau aku masih ada bila dia keluar nanti. Kalau aku dah tiada, siapa yang akan ambil berat tentang dia. Abang-abang dia? Adik beradik atau mak kandung dia? Saudara mara?
Inilah yang kadang-kadang bikin semak dada. Yang kadang-kadang, lorong rumah aku pun terlajak bila bawa kereta. Tau-tau lorong 31 entah kemana sampai ke lorong 35...
Akhmal! Akhmal! Rupa hensem tapi peribadi tak hensem. Kalau nak cerita bab malu terutama dengan jiran rumah lebih dari sekadar tebalnya perkataan.
Akhmal! Akhmal! Bilakah kau akan faham perasaan ayah?
Akhmal! Akhmal! Bilakah kau akan faham perasaan ayah?
8 ulasan:
Allahuakbar.Terus sokong dengan doa.
Berat mata membaca, saya percaya berat lagi bahu yang memikuli <3
Lebih baik dia ditahan 5 tahun jika itu akan mengubah sikap dan tabiat buruknya.
Mudah2an dia akan insaf
Saya yg membaca pun rasa letih dgn kerenahnya...mudah2an penjara bisa mengubahnya menjadi manusia
SA sokong kalau biarkan dia di dalam, at least kat sana semua terjaga, makan minum dia. Bukan untuk benci dia..tapi tolong bagi dia sedar..ikutkan cakap memang senang sebab kami orang luar tak hadap semua ni...tapi jauh dari sudut hati SA. Biarlah dia kat sana at least diajar agama ..doakan agar dia berubah
anak angkat je kann ayahnda marhein?
Faham perasaan IM.. Ingatkan Akhmal sudah berubah tapi itulah susahkan nak berubah.
Semoga ini menjadi kaedah terbaik untuk dia berubah IM. Cukup-cukuplah.
Catat Ulasan