Isnin, 2 Ogos 2021

Bila Tak Boleh Lena

Pukul 3.30am mengadu lapar. Aku antara nak tidur dan jaga, mau tak mau kena bangun setelah dia dengan suara keras minta sesuatu untuk dimakan.

Nasib baiklah masih ada belen nasi dan gulai lemak labu yang menantu aku bagi senja tadi. Panaskan dan suap dia makan.


Dipertengahan suapan aku dah mula rasa mengantuk.

' Abang nanti tolong garu p*******g ya. Gatal merenyam ni... ' sambil menunjukkan ke bahagian lampinnya.

Adoi... Bila la nak boleh lena balik ni!

7 ulasan:

Suria Amanda berkata...

Semoga IM terus kuat semangat unuk menjaga Ibu Suri...

Syazni Rahim berkata...

tabahlah pakcik <3

Kamsiah yusoff berkata...

Agaknya gatal sbb dok berkuap dlm diapers tu

aizamia3 berkata...

tak boleh tengok makanan tetengah malam ni, lapar jadinya.

Kakcik Seroja berkata...

Assalamualaikum IM, boleh kakcik dapat kan nombor hp IM tak? WA kakcik di 0122830569

SalbiahM berkata...

Rajin betul IM melayan ibu suri. Siap panaskan lauk lagi

Amie berkata...

Allahu Akbar!
Moga sentiasa sabar melayani ibu suri.
Ujian Allah, kerana rasa sayang-Nya.