Sekarang aku berada di tanah perkuburan Taman Guar Perahu.
Memerhati dari dalam kereta sahaja proses pengkebumian ibu_suri dilaksanakan.
Aku tak dapat lihat dengan jelas pun proses pengkebumian berlansung.
Ralatnya hatiku Tuhan sahaja yang tahu. Sejak dia dimasukkan hospital, aku lansung tak boleh tengok dia. Di bilik mayat hanya Angah sahaja yang boleh tengok mewakili keluarga sebagai pengecam mayat. Aku dilarang sebab masih pakai gelang.
Di perkuburan aku cuma tengok dari dalam kereta. Apalah sangat yang nampak.
Pendekkata, last aku lihat dia adalah semasa dia dibawa ambulan dari rumah pada Isnin minggu lepas. Selepas itu aku hanya berhubung dengan doktor ataupun nurse.
Wajah ibu_,suri selepas selesai ditayamum dan dikafankan. Aku suruh Angah ambil gambar dia untuk aku tatap buat kali terakhir.
Aku letakkan di sini supaya kekal dalam simpanan memori.
Hanya yang membaca cacatan ini sahaja yang bertuah dapat melihat wajah ibu_suri. Aku tidak paparkan di mana mana kecualu grup wasap keluarga...
Doakan ibu_suri diterima semula oleh Allah. Aku redha atas pemergiannya dan mula rasa kehilangannya...
11 ulasan:
Innalillahhi wainnailaihi rojiun
Allahhummaghfirlaha warhamha wa'afihi wa'fuanha.
Salam Takziah IM
Berehatlah dgn aman disana wahai bidadari...giliran kami pasti akan menyusul..semoga IM tabah dan redha..al fatihah..
Perginya kekasih hati pakcik IM.. semoga rohnya dicucuri rahmat Allah. Salam takziah dari saya buat pakcik 🌼
Semoga IM terus tabah menghadapi kehilangan ini.
Innalillahhi wainnailaihi rojiun. Semoga rih ibu Suri dicucuri rahmat Allah. Salam takziah untuk IM sekeluarga.
innalillahiwainnailaihirojiun..
Innalillahiwainnailaihirojiun.
Salam takziah buat IM sekeluarga
Tenang dan mendamaikan.
Redhakan pemergiannya. Mudah-mudahan akan bertemu kembali di syurga Allah.
Salam takziah.
Semoga arwah tenang disana.
Al-fatihah (dibaca)
Allahummaghfir laha warhamha. Semuga ibu suri ditempatkan dinklgn hamba hambaNya yg terpilih
Innalilah...
Al Fatihah...
Amin ya Rabbb
Catat Ulasan