Masuk minggu ini dah sebulan aku tak pergi kerja.
Minggu 1 emosi ibu_suri down. Merengek dan meragam hampir 24 jam dengan aku. Tak sampai hati aku nak tinggalkan dia di rumah sendirian walaupun Akhmal ada.
Minggu 2 Akhmal pula demam panas. Kekadang meracau dalam tidur. Ajak ke hospital dia ttak mahu. Bimbang takut ada covid. Tapi dari apa yang aku lihat dan check, tak ada rasanya.
Selepas Akhmal sihat aku pula rasa tak sedap badan. Seram sejuk dan kepala berat. Habis satu papan ubat Paracatemol aku telan. Selain vita C.
Baru rasa kebah, minggu ni emosi ibu_suri down balik. Kemudian badannya mula panas. Dia jadi seperti anak kecil, minta selalu diteman dan selalu rasa takut.
Aku kuatkan semangat hadapi semua ini. Aku tak peduli pasal kerja. Aku fokus pada anak istri tetapi aku lebih fokus pada diri aku sendiri...
6 ulasan:
Allahu...semiga semyanta kembali spt biasa IM...
Asalam..salam ziarah..lama tak jengah blog kawan2.
a Allah..semoga keluarga saudara ini sembuh dan tabah hadapi apa juga ujian.Aamiin
Betul IM. Ayat akhir tu. Fokus pada diri sendiri juga perlu. Take care always.
Semoga baik-baik saja semuanya
Allahu Akbar.
Moga baik-baik saja. Banyakkan bersabar.
semoga dipermudahkan urusan pakcik IM ya!
Catat Ulasan