Sabtu, 4 Disember 2021

Koleksi Album

Ini adalah laman tempat aku relaks kan diri. Dulu masa ibu_suri masih sihat, dialah yang selalu duduk sini menonton tv.

Sekarang aku yang ganti dia tapi lebih kepada dengar lagu sementara suara tv aku mute kan sebaliknya dengar lagu sahaja dari pemain cd di sebelah tv.

Dalam kabinet tu penuh dengan koleksi cd dan kaset aku sahaja.



Sebelah kiri sekali, koleksi album nasyid. Sebelah kanan sekali koleksi album bukan nasyid.

Laci tengah  kiri album nasyid inggeris dan album Hari Lebaran. Laci tengah kanan album Alleycats dan Sohaimi Meor Hassan.

Di tengah laci bawah, kaset nasyid OVA production. Laci dalam kontena kuning, kaset nasyid lama era 80 dan 90an. 

Di tengah atas kaset bukan nasyid.

Lagu Ebiet dan NadaMurni dalam kotak khas.

Almari tu dah terlalu sendat. Ada lagi koleksi cd Ebiet G Ade dan NadaMurni dalam 2 kotak A4 berasingan.

Koleksi aku sejak 1990. Aku anggar hampir 1,000 keping. Kalau sekeping harga rm30, ada nilai >rm3000 di sana.


Wow!

5 ulasan:

Suria Amanda berkata...

Wwah..banyak koleksi ye...SA plak banyak koleksi novel je

Warisan Petani berkata...

Ramainya koleksi lagu2.

SukaniMusik berkata...

tak terasa, sikit sikit lama lama menjadi bukit.

Shida Radzuan berkata...

kalau saya..mgkin byk handbag kot ^_^

berteromber berkata...

Samalah seperti saya...mula membeli dari penghujung tahun 80an...diam tak diam tak sangka dah beribu jadinya...