Lama tak menulis di sini. Apa khabar kalian yang masih berada di sisiku?
Aku sihat sahaja. Cuma, bila mencecah usia ke 62 tahun ini tenaga dah makin kurang. Tambahan pula hidup sendirian tanpa teman buat masa masa yang berlalu seakan kosong dan tiada yang menarik. Tiada lagi kawan yang dulu sesama sibuk dengan aktiviti kemasyarakatan. Ntah mereka juga seperti aku.
Rumah yang dulu terasa kecil dengan riuh anak istri kini menjadi luas tetapi pakum. Dulu, kereta aku aku saban bulan hantar untuk di servis tapi kini terbiar di depan rumah. Sesekali panaskan enjin untuk ke kedai mencari makan dan menjengah dunia luar.
Sepi hidup ini tanpa istri dan suara riuh anak anak, kan? Itupun kira bernasib baik juga kerana aku masih ada 3 anak. Bagaimana agaknya dengan seorang kawan aku yang punya anak seorang sahaja dan kematian istri sama seperti aku akibat Covid19?
Hakikat kehidupan.
Teringat mak di kampung, Tentunya dia lebih sunyi. Dengan anggota badan yang lumpuh, tak boleh berjalan melainkan mengisut dah lebih 10 tahun, hidupnya tentu lebih sepi selepas kematian abah pada 2008. Namun sabar sahaja dia aku lihat dia bila sesekali balik kampung.
Muga kalian ( sahabat bloggerku ) masih sihat dan gembira di samping anbak cucu. Jagalah mereka sebaiknya dan railah masa masa yang ada bersama mereka.
Buat sahabat blogku - Suria Amanda, selamat pengantin baru. Muga kekal hingga akhir hayat...
Entah kenapa blog SA tak boleh di akses hari ini...
2 ulasan:
IM....
Pembetulan..blom jadi pengantin..jadi tunangan orang je baru...September nanti majlis nikahnya...laaaa pulak dh kenapa x leh access blog SA...aduhaii...
Salam IM,
Lama tak menjenguk blog IM, bertahun lamanya. Ntah mengapa tiba2 mlm ni ternampak blog IM.
Alang2, saya nak minta maaf atas komen saya dulu yg agak kasar, mungkin menyakitkan hati. Kdg2 tak bersempendapat & mula lah komen yg bukan2.
Saya nampak IM sangat ikhlas menulis & meluahkan apa yg terbuku di hati. Semoga IM beroleh keberkatan hidup dunia dan akhirat. Insya Allah.
Catat Ulasan