Isnin, 17 April 2023

perginya adik iparku - Zamri

muga adik adikku yang pernah aku ( selaku abang sulong ) masakkan makanan mereka, mandikan mereka dan basuhkan pakaian mereka semasa kami masih kecil; berada di dalam kesihatan yang baik baik sahaja. 

yang telah tiada pasangan hidupnya seperti aku ini anggaplah ianya sebahagian dari takdir hidup yang perlu ditempuh.

dengan usia yang masih bersisa, mungkin Allah mahu kita luangkan masa masa emas ini untuk beramal, menyimpan bekal di hari sana.

terimalah ketentuan Nya. tenang dan damaikanlah jiwa.

yang telah kembali kepada Penciptanya; muga syurgalah tempat kamu di sana...

* adik iparku Zamri telah kembali kepada Allah di hospital besar ipoh akibat lemah jantung pada 13hb...

Selasa, 7 Mac 2023

Singgah Di Petronas Tanah Liat

Terasa benar keuzuran diri aku sekarang ini. cuma tolong bawa anak aku ke hospital lansung ambilkan motor di tepi jalan akibat kemalangan kecil tadi, cukup untuk membuat aku rasa lelah.


Singgah sebentar isi minyak kereta dan isi rasa dahaga. Teringat, dah lama tak bawa cucu singgah dan belanja aiskrim d sini.

Bila musim cuti sekolah bertambah tambah sunyi kehidupanku ini...


Selasa, 10 Januari 2023

Dunia Ana Yang Punya...

Teringin nak balik kampung selalu sementelah mak masih ada. Tapi, tu la...kereta pula tak berapa tip top kondisinya. Ada masaalah pada stereng bila belok kiri atau kanan dan pabila bawa laju. Gaji ntah bila dapat. Kalau tak, boleh juga aku bawa kedai atau Perodua untuk di selenggara.

Tak mahulah mengadu pada anak-anak, kalau pun mungkin mereka akan tanggung kos memebaiki. Cukuplah mereka sokong kos makan minum dan bil. Mereka pun ada kos hidup yang perlu dijaga.

Sepatutnya, sementara aku masih sihat dan tiada beban hidup ini aku guna sebaiknya kepada ibadah, ziarah saudara mara dan sahabat handai serta mengunjungi tempat tempat yang baik seperti masjid atau berbuat kerja amal. Tapi tu la, nak tunggu seru tu entah bila.....adeh!

Sekarang ni aku lebih suka bersendirian di rumah. Dengar lagu, tengok tv ( atau tv yang tengok aku ). Rumah aku sekarang ini terlalu besar rupanya hinggakan bila laruit malam, macam macam bunyi dok ada. Untuk tutup bunyi macam macam itu aku dengarlah lagu atau bacaan Quran/Zikir.

Dulu masa ibu_suri masih ada aku berangan nak jalan-jalan ke tempat orang ala ala sahabat aku si Faisal bca. Dia ni dulu rakan sekerja tapi ambil keputusan untuk berhenti kerja dan tumpu kepada usaha berniaga sendiri. Katanya berniaga sendiri memudahkan dia meneruskan minatnya kepada keretapi. Tapi aku pula lebih suka ala ala bacpackers mengunjungi masjid dan menulis pengalaman ini ke dalam blog.

Namun semua itu tidak menjadi bila laptop yang aku beli untuk kegunaan masa pencen hilang. Duit persaraan dan simpanan KWSP terpaksa aku guna untuk lunaskan pinjaman PTPTN anak sulong serta biada anak kedua yang perlu membeli lori untuk kegunaanya mencari rezeki.

Tak mengapalah. Nasib baik aku sempat juga membeli kereta sendiri yang dengannya mudah aku bergerak tanpa mengharapkan orang lain. Rumah juga aku selesaikan hutangnya dengan bank.

Aku bebas di rumah sendiri. Bak kata P Ramlee... dunia ini ana yang punya.

Lagu tu la dok ada....kah kah kah!

Isnin, 9 Januari 2023

Kehidupan Yang Sunyi

Ntah kenapa hari ini aku rasa sedikit 'ting tong'. kepala berdenyut tapi bukan juga sakit kepala. Badan rasa terawang awang. Namun aku gagahi juga ke tempat kerja walaupun tempat kerja ini sekarang tak semeriah dulu. Bos pun dah lama tak datang. Adik bos merangkap staf kewangan juga dah lama tak scan in. Aku tak kisah sangat. Lagi baik kalau dia orang semua tak ada, rasanya. Aku bebas sikit buat kerja apa yang patut.

Oleh kerana aku faham, syarikat aku sekarang menghadapi masaalah  kewangan terutama sejak selepas Covis ini kerana bisnes sudah tidak rancak sebagaimana sebelum Covid. Aku datang buat kerja kerja kemaskini jadual kelas Reading Center disamping baca emel, tulis blog dan sapu sapu pejabat yang berhabuk.

Kalau tak ke sini sebaliknya duduk di rumah aku akan habiskan masa dengan tidur, lagi la tak bagus. Naik lemau badan aku dibuatnya.

Aku pun dah dua bulan tak dapat gaji. Harap duit yang anak anak bagi je. Sikit sikit hasil aku jual cd. Aku pun dah kurang minat kumpul cd. Dah tua kot. Cukup cukuplah dengan hobi. 

Hidup sorang. Makan atau tidak, aku sorang je yang tanggung. Kalau dah takada sangat, makan megi atau biskut sahaja pun ok.

Nak buat apa lagi di rumah kalau dah tinggal sorang diri aje. Dulu masa ada ibu_suri aku punyalah rasa tension dan tak boleh rehat sebab kena urus ibu_suri. Kadang tengah sedap berdengkur ibu_suri gerak beritahu dia berak. Bangunlah aku dengan 'terpaksa' membersihkan sidia.

Ke rumah adik beradik ibu_suri juga aku dah lama tak pergi. Sejak mak dan abah ibu_suri tiada, kemesrtaan kami dah kurang sebab jarang berjumpa.

Semalam Angah bagitau dia dihinggap Covid. Along pun dah lama tak balik. Akhmal, sejak dapat anak ni pun gitu juga. 

Tak mengapa. Aku faham. Kalau nak dibandingkan dengan mak aku yang lumpuh paras pinggang,  juga tinggal seorang di rumah kampung; itu lebih sunyi dan menyayukan....

Jumaat, 6 Januari 2023

Bukan Kerna Nama

Aku perasan, terkini dalam senarai bloglist, 80% darinya adalah bloggersnita. Mungkin sekitar 20% sahaja adalah bloggerspria.

Maka yang selalu tinggalkan komen dalam setiap entri blog aku juga begitulah statistiknya. Ramai nita dari pria.

Ramai pria gantung keyboard agaknya. Lebih kepada sosial media. Nita pula lebih suka menulis pasal masakan atau hal-hal anak cucu. Lebih santai dan ringan.

Rakan-rakan aku seperti blogger Jendela Hati, Warna Nostalgia, Habuna Trading, Abuzorief, Ujang Kutik dan beberapa nama lagi sudah semakin sepi. Alasan mereka samada sudah malas menulis, sibuk dari nak mengadap laptop, ilham dah tumpul atau jari dah 'keras'.

Tak mengapalah. Tinggal yang otai beberapa kerat ni pun kira ok lah. Nak join blogger yang muda-muda pun citarasa dan stail menulis tak berapa nak matching.

Apapun semuga dunia blogging masih ada di alam maya. Kalau ditakdirkan tinggal aku sorang je yang menulis pun tak mengapalah.

Bak kata Ramli Sarip... aku menulis bukan kerna nama!