Isnin, 9 Ogos 2010

Ramadhan Kali Ini

Sehari sahaja lagi Ramadhan tiba. Itupun, jika mengikut tradisi. Penentuan cara Hisab lebih kerap terpakai berbanding Rukyah. Entahlah, walaupun kekadang ada keraguan di hati ini namun semuanya adalah di bawah tanggungjawap Jabatan Mufti.

Aku cuba menyediakan diri sebaik mungkin menyambut ketibaan Ramadhan kali ini;

1. Berpakat dengan Angah supaya siapa sampai ke Pasar Ramadhan dahulu, dia beli juadah iftar. Aku selalunya lewat kerana berkereta meredah kesesakan trafik bukan mudah. Angah naik motor tentu lebih cepat sampai.

2. Tidur awal supaya dapat bangun awal. Seeloknya melaksanakan Tahajjud lebih dulu kemudian menyediakan juadah sahur. Selesai sahur dan Subuh, urus ibu_suri seeloknya dan terus ke lokasi kerja.

3. Menyarankan Along supaya cari masa untuk balik iftar dan sahur bersama. Ini mungkin baik untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan kami yang tak berapa kerat ini. Along pandai memasak. Tentu ringan sikit beban aku untuk fikir juadah iftar dan sahur nanti.

4. Mencari jalan agar aku dapat mencuri masa balik kampung dan iftar-sahur bersama mak di kampung.

5. Membaca Mathurat yang sudah lama aku tinggalkan sejak aku dikurniakan rabun dekat oleh Tuhan. Aku tidak dapat membaca Mathuratku dengan baik kerana hurufnya kecil. Akan cuba cari Mathurat yang lebih jelas.

6. Cuba meluang masa minima sekali untuk iftar bersama rakan jamaah.

7. Cuba mencari keizinan ibu_suri agar aku dapat berterawih di masjid sebanyak hari mungkin.

8. Mengambil kesempatan kelapangan Ramadhan ini melangir rumah untuk persediaan menyambut Syawal.

9. Cuba memujuk ibu_suri untuk iftar bersama emak dan abahnya di Air Itam minima sekali.

10. Berusaha solat Dhuha sewaktu rehat pagi di surau lokasi kerja. Memohon kehadrat Tuhan agar aku dan keluargaku dilimpahi bahagia walaupun harus menangung dugaan yang sebegini rupa.

Begitu 10 perkara yang insyaAllah aku cuba usahakan sempena mengambil semangat bulan Ramadhan penuh barokah ini. Usaha yang kerdil oleh insan kerdil lagi marhaen ini.

Sekali lagi, Ramadhan kali ini aku harap sempat ku habisi...

7 ulasan:

Kunang-Kunang berkata...

Salam IM,

Selamat menyambut ramadhan dan semoga Allah melimpahkan segala rahmat dan keberkatanNYA kepada keluarga IM.

Semoga IM tabah menerima dugaan Alllah ini. Setiap kali mendong mesti akan beralih juga akhirnya.

hentian berkata...

salam ramadhan buat kunang-kunang juga. bersama kita tabah dalam mengharungi dugaan hidup yang lain padang lain belalang ini...

ahmad humairi berkata...

salam,

selamat berusaha,
moga berjaya.

salam ramadhan al mubarak.

kakcik berkata...

Salam IM..

semoga Dia mempermudahkan urusanmu. Salam Ramadhan Al Mubarak. Selamat berpuasa. :)

CgMas berkata...

Sy baca beberapa azam lain di blog lain, kesimpulannya kita semua mengharap agar dapat melaksanakan Ramadhan sebaik mungkin. Sama-sama kita berdoa dan berusaha.

razip berkata...

Selamat ramadhan, semoga dipermudahkan urusan keluarga.

Daeing Mayong berkata...

Salam Ramadhan, keazamaman yang baik. Moga dapat ditunai dan diberikan rahmat.