Seperti malam selalunya, ibu_suri tidak dapat memicing mata lalu meminta aku menyanyikan satu lagu untuknya di ketika jam berada di 2.30 pagi. Aku yang baru saja berada di katil seusai melayari blog untuk membaca berita terkini tanah air dan masih belum ada rasa kantuk, berbisik;
"Malu arrgghh.... orang lain dinihari macam ni bertahajjud tapi you suruh abang menyanyi pulak!"
"Tak pa la.... I tak boleh tidur ni. You tak apa la... sat lagi krohhh.. krohhh... la tu!"
Sambil menepuk belakang ibu_suri aku pun tak mahu banyak ragam, perlahan-lahan aku menyanyi. Lagu yang memang selalu aku nyanyikan semasa ibu_suri masih sihat dan aktif dulu apatah lagi tatkala seperti hari ini. Lagu yang liriknya itu sebenarnya tertuju pada diriku sendiri dan dia.
" Beginilah nasib diriku yang malang, Oh Tuhan!
Tak boleh bersenang lenang
Berihat sekejap isteri dah meradang
Kerja berat takut reput tulang.
( ibu_suri ketawa....)
Tidaklah boleh ku kenanglah kenang
Oh airlah mata aii.. jatuh berlenang
Karam di laut dapat ku renang
Karam di hati nak bayar hutang
( ketawa lagi.... )
Beginilah nasib diriku yang malang, Oh Tuhan!"
Diam....
" Err.. Nyanyi lagu Tidurlah Permaisuri lah pulak!"
"Tak boleh. Tu suara Jamal. Pitchnya tinggi sangat. Nanti blogger Jendela Hatiku kat belakang rumah tu tak boleh tidur pulak!"
Sambil menepuk belakang ibu_suri, aku teringat pada masa depan anak-anakku; Along, Angah dan Akhmal. Klip video temubual Dayangku Intan yang aku tonton di blog tadi masih terngiang-ngiang. Entah bila masanya aku terlena sedangkan ibu_suri aku percaya masih terkebil-kebil menyusuri hari yang semakin pagi!
14 ulasan:
Alahaiiiii... Sambil baca sambil senyum saya! :)
Saya pun baca sambil senyum tapi pastu terpikir membaca sambil senyum tapi melaluinya itu bukan melalui senyuman, moga IM sabar dan tabah selalu.
IM, kalau ambik darah ibu suri ada buih tu ao lebih fikir kepada teknik yang salah bukannya sebab darah ibu suri ada banyak angin.. tapi apapun nanti ao cek balik mengapa jadi sebegitu.
wallahualam
Sdr IM,
Ada kata-kata pujangga berbunyi, "Kalau kamu mendapat kesusahan,ingatlah untuk menyimpan kesabaran."
adakah suami yang sudi nyanyikan isterinya? IM la orangnya.. Mdh2an diberi kesabaran pada IM, kesembuhan pada isteri...kesejahteraan pada seluruh keluarga..
IM..alahai syahdunya...nasib baik tak hujan hehe...
perkongsian yg sgt bersahaja dan telus!
saya sangat suka cara IM kongsi pengalaman ini.
moga sentiasa tabah dan berbahagia dunia akhirat
sy rasa kalu sy suruh suami sy nyanyi mlm2 buta kompom dia tak layan... hahaha
Aduuuh syahdunya. Handsome juga IM dalam gambar itu.
JH cadang lain kali nyanyi lagu Bangau Oh Bangau mesti ibu_suri keras perut.
moga ia termasuk dalam amal soleh tuan.
bertuah ibu-suri...menjadi suri kepada IM
itulah jodoh ibu_suri dapat IM yang memnag minat menyanyi dan dapat menghiburkan ibu_suri. semakin besar pengorbanan IM, semakin besar ganjarannya kerana hanya mencari keredhaanNYA insyaAllah
Salam IM,
Bertuah ibu suri, tak dapat lelap ada orang yang akan nyanyikan lagu,
Sebenarnya, kak ani pun sekarang ni ada ketikanya tidur sejam dua saja. Tak tahu sebab tak boleh lelap,,,, mungkin inilah yang akan dilalui dalam usia begini, Allah ambik nikmatnya dari kita satu persatu.
sweetnya. semoga sentiasa sweet IM
tersenyum sy mmbc entry kali ni
ibu suri minta didodoikan
mg ibu suri lena dan tenang
pandai juga ye IM nynyi.,.
:)
Catat Ulasan