Sabtu, 8 Disember 2012

Kenapa Ni?


Berkali-kali ibu_suri mengeluh dan adakalanya seperti mahu menangis bila gagal membaca banyak dari bacaan dalam sembahyang. Apa yang dapat aku katakan lagi. Dah ketandusan idea untuk memujuk dan mententeramkan emosinya.

"Agaknya ubat yang I makan tu buat I jadi macam ni..!!!!" bentak ibu_suri merujuk kepada rutin memakan ubat penenang; yang kalau silap cara memujuknya mungkin akan menambah tidak keruan suasana.

"Biasalah, adat kita dah berumur ni. Memang selalu lupa. Tengok abang ni... lupa pulak simpan kunci kereta kat mana..!" ujarku yang memang sedari tadi meninjau-ninjau kunci kereta. Arrghhh... memang ketara pelupa nya aku mutakhir ini.

Cadangan ibu_suri supaya membeli buku rujukan cara mengerjakan sembahyang mahu tidak mahu terpaksa aku layani. Memang pun, ianya satu usaha yang baik supaya ibu_suri dapat belajar semula bacaan-bacaan asas dalam sembahyang yang sudah hilang dari ingatannya akibat kerosakan banyak dari saraf-saraf otak dek serangan strokenya dulu. 

Doktor sendiri semasa membawa keluar ibu_suri dari Bukit Mertajam Specialist Center dulu beriya-iya menyuruh aku selalu berkomunikasi dengan ibu_suri dan mengajarnya perkataan-perkataan yang dia sudah lupa, berulang-ulang.

"Dia sudah jadi macam budak tadika. You kena sabar ajar dia untuk ingat semula perkataan yang dia sudah lupa."

Aku singgah di Hasani Book Store, Carrefour Aku memang suka datang sini melihat buku dan CD. Untuk ibu_suri, aku perlu carikan buku rujukan sembahyang itu yang juga mengandungi bacaan ayat Quran dalam bentuk roman bagi memudahkan dia mengeja dan membaca.

7 ulasan:

Jay Ar berkata...

Hanya suami setabah IM dpt menempuhi dugaan sebesar itu, semoga ibu Suri akan menemui semula ingatannya...

Kakcik Nur berkata...

Semoga usaha IM itu brrhasil. InsyaAllah.

❤Kamsiah❤ berkata...

diharapkan IM tak jemu dan putus asa melayan karenahnya

Granny Hani berkata...

Alhamdullilah,alhamdullilah, alhamdullilah..Syukur lah Ibu_Suri tetap utamakan ibadah..Berkatnya kasih sayang seorang suami yg telah memimpin ke arah itu...IM, payah nya nak cari seorang suami seperti IM. Tuhan saja lah yang membalas budi baik Im.

norh berkata...

Semoga semangat IM tak pernah luntur..

faizah berkata...

Sy doakan .. IM dan ibu suri... Walaupun tak ingat tapi ibu suri amat mengambil berat tentang solat. Alhamdulillah.

Anonymous one berkata...

Tabahnya IM :) may Allah bless you IM.