Ahad, 20 Januari 2013

Rehal

Aku sendirian sahaja di rumah. Sedari malam tadi hingga sekarang ini, ibu_suri masih tidur. Dah lebih dari 12 jam. Sengaja aku biarkan. Memang tunggang terbalik jadual tidur ibu_suri ni. Aku sendiri susah nak kawal. Sebelum ini 2 hari dia tak tidur. 

Dah banyak hari aku tidak menulis. Bahan ada banyak dalam kepala tapi mood untuk meletakkan ia ke dalam blog itu tidak ada. Rasa jemu dan bosan melayani kerenah ibu_suri itu seperti menumpulkan keghairahan menulis. Masuk 2013 ini dah 5 musim!

Hari ini juga genap usia Marissa 1 tahun. Dah pandai berjalan. Dah pandai memunggah.

"Mak Ayu beriya-iya nak buatkan majlis hari jadi Marissa." beritahu Angah semasa aku tengah kalut menggoreng keropok untuk makan petang. 

"Tak ngapalah," pujukku, "Kena railah niat mak kamu tu. Lagipun bukannya salah apa-apa pun.. Cuma ianya ikutan budaya Mat Saleh. Marissa pun cucu dia."

Aku memang tidak pernah membudayakan sambutan hari jadi ahli keluarga. Kalau ada pun sekadar mahu meraikan perasaan ibu_suri. Tapi tidak pula aku mengatakan tidak kepada mereka yang memanggil aku ke majlis harijadi mereka. Berlapang dada dengan perkara-perkara furu (cabang) itu bukankah lebih baik!

Angkat ke riba lebih jelas daripada letak di rehal...

Semalam aku hadiri Qiamuallai - salah satu dari wasail tarbiyah IKRAM di Surau Haji Mat Perai, Permatang Janggus. Seronok berada bersama sahabat dalam majlis yang jarang aku dapat bersama sejak 5 musim itu.

Malam ini ada kuliah Maghrib di Masjid yang khabarnya akan di isi oleh Bob Lokman. Sebenarnya rehal hidup kita tidak boleh tidak ialah mencari keredhaan Allah. Agaknya, itulah hasrat beliau dalam proses mahu berubah ini!

6 ulasan:

Anonymous one berkata...

Mencari redha Allah sama-samalah kita usahakan.

IM, rupanya dalam hidup ini bukan senang kita nak kekalkan hati berjuang kerana Allah dan mencari redha Allah kan..kita di uji dengan ganjaran, pujian dan sebagainya..

Moga Allah mudahkan saya dan IM dalam mencari redhaNya amin

ANIM berkata...

sejak ada Ipad dan quran digital, rehal dah kurang dapat tempat..tak apalah...janji Quran tetap dibaca! jangan tak baca langsung...

insan marhaen berkata...

AO,
Usaha mencari aalah kita. Keredhaan iu milik Allah untuk memberi.

InsyaAllah, jika disusuli dengan ikhlas, akan ada ganjarannya.

ANIM,
Malam itu IM sempat bertanya pada kawan IM yang membaca Quran menggunakan Ipad. Memang IM tertarik untuk memilikinya tapi harganya.... RM1K ++. tak dapeklah IM membolinya buat mas ini!

makchaq berkata...

2 hari tak tiduq, kalau makchaq memang boleh naik darah tinggi.. penat, resah tak boleh tiduq yang buat ibu_suri kacau IM tu.

Selamat hari jadi Marissa.. kami pun jarang sambut2 ni.. tambah pulak anak2 tak suka makan kek.. selalunya sekadar ucapan tanda ingat ja la..



❤Kamsiah❤ berkata...

bg saya,tak salah meraikan harijadi,terutama utk mengembirakan hati anak2 kecil..biasanya mereka yg xcited terhadap sambutan harijadi..selagi ianya tak bercanggah dgn syariat islam,spt meniup lilin,pejam mata dan minta apa yg dihajati..itu yg khurafat..
sekadar makan2..mengeratkan silaturrahim...tiada salahnya

Jay Ar berkata...

JR juga tak pernah meraikan harijadi sendiri dan melarang anak isteri meraikan harijadi JR. Tapi harijadi anak isteri memang JR raikan utk menggembirakan hati mereka...