Jumaat, 1 Februari 2013

Syukur Atas Segala

Sekejap saja bulan satu dah nak habis. Aura Tahun Baru dah mula tawar. Azam yang membara untuk perubahan diri tatkala menonton bunga-bunga api menerawang di bomentera semakin malap dan kemudiannya diterlupakan.

Buku Daie Sejuta Ummat tersimpan di laci. Sedikit sangat helaiannya yang diusik. Badan juga terasa berat memberi makna bahawa jisimnya seperti tidak luak walau se-gram.

Tapi yang ketara aku rasakan ialah kesungguhan untuk kembali bersama jamaah. Usrah, Qiamullail, Kempen Gaza dan ke Stadium adalah antara komitmen yang aku sendiri tidak tahu bagaimana ia terpancar. Alhamdulillah, syukur sesangat aku terhadap Tuhan atas ini. 

Aku guna laptop sebaik mungkin untuk kerja-kerja amal. Menggunakan Facebook sebaik mungkin untuk menyebarkan bahan-bahan bermanafaat. Dan bercadang mempunyai tablet sebagai e-book dengan hasrat untuk memuatkan memorinya dengan perisian Al Quran, Sahih Bukhari Muslim, Al Mathurat dan teks usrah. Makanya, tidak perlu lagi menggalas beg yang sarat dengan buku bila berpergian.


Dan tidak lupa, aku berbangga kerana disamping aku selain ibu_suri, ada seorang sahabat yang sentiasa ambil berat tentang aku dan kehidupanku. Syukur atas segalanya ini!

5 ulasan:

Kakcik Nur berkata...

Syukur atas nikmat Ilahi yang tidak pernah putus...

Ibu n Abah berkata...

Betul tu IM..
Punya sahabat amat penting dlm kehidupan seseorang...

NoorVictory berkata...

Baru-baru ni pun ayah cakap pasal geb berat. Ayah cakap bijaknya Allah menciptakan otak untuk menyimpan memori.

Semoga Allah permudahkan urusan IM memiliki e-book. :)

p/s: Singgah di sini selalu didendangkan lagu-lagu menyentuh hati! :)

insan marhaen berkata...

kakcik,
Mudah-mudahan syukur kita itu disertai dengan amalan menunaikan kewajipan yang diperintahkanNya.

Ibu n Abh,
Ada kata-kata yang berbunyi:

Sahabat itu umpama pasir-pasir di pantai. Sahabat yang baik adalah mutiara di antara pasir-pasir itu.

NoorVictory,
Muga lagu-lagu ini menjadi kaunselor kepada yang mendengar.

ANIM berkata...

nikmat mana yang hendak didustakan..
kita menoleh ke bawah, bukan memandang ke bawah..
di situ kita dapat kumpul kekuatan..
syukurlah...