Sabtu, 6 April 2013

Talipon Oh Talipon

Talipon Samsung jenis flip aku ni memang dah lama bermasaalah. Asyik auto off saja hingga kekadang bila orang menalipon aku mereka ingatkan aku sengaja tak jawap.

Lepas tu aku guna talipon Akhmal. Talipon murah jenis lama, skrinnya kecil buatkan aku susah nak baca mesej yang diterima dek faktor usia.

Semalam aku pergilah ke Carefour, tinjau-tinjau talipon baru. Aku suka jenis slide atau keypad.  Namun begitu banyak talipon yang dipamirkan tak ada satu pun yang menepati 100% citarasa aku. Hampir 90% talipon yang tertera dalam kaca adalah jenis touch screen

Oleh kerana malam menghampiri 10.30 dan banyak gerai mula berkemas, aku buat keputusan cepat dengan memilih talipon Sony Ericsson model WT 13i ini.

Balik ke rumah, aku pun mula godek-godek sana sini. Hah.. semak perut aku dengan talipon baru ni. Bagi aku.. cukup renyah nak akses walaupun hanya untuk menghantar sms.

Aku mengadu pada Along. Along hanya ketawa. Agaknya, dia tahulah fe'el ayah dia ni!

"Ayah bagitau Along talipon macammana ayah mau. Along cari kat internet."

Hmmmhh... Respon anak-anak zaman la.. Zaman langit terbuka....! Persis respon aku dengan abah aku zaman 70an - zaman Sains dan teknologi  dulu...

6 ulasan:

Anonymous one berkata...

Abah AO pernah beli talifon touch skrn pastu dia beli nokia murah.. baginya yg pntg boleh jawab dan sms :)

Norhaizan hakim berkata...

Suami saya belikan saya telefon android dan saya masih terkial-kial cara nak guna..baca manual..pun tak faham..sudahnya asyik tanya anak lelaki yg berumur 14 tahun tu..

❤Kamsiah❤ berkata...

bg saya,hp hanya utk sms,call dan on alarm utk bgn pagi2 ja..lain2 fungsi saya tak guna pun hehe...
lbh2 lagi hp canggih skrg,terjatuh 2,3 kali...mula meragam..

smbotak berkata...

Biasakan dulu dengan touch screen, kalau dah terpaut nanti mesti suka. Minat mengail ke?

Ibu n Abah berkata...

Dulu terasa mmg tak
Akan guna smart phone tapi bila suami belikan ipad.. Then iphone nampak mudah pula sbb dah biasa dgn ipad.. Akhirnya jadi sesuatu yg mesti ada....

insan marhaen berkata...

AO,
IM pun gitu. Guna talipon untuk call, reminder dan sms je. Hujung minggu dengar lagu sambil jogging!

Norhaizan,
Memang ini zaman mereka. Tak sama dengan zaman kita. Seperti juga tak sama dengan zaman abah kita.

Kamsiah,
Tu la.. beli talipon mahal-mahal tapi tak diguna sepenuhnya terasa rugi juga.

smbotak,
IM tak minat ngail. Tu foto kawan IM masa dia kat UK. IM minta izin guna untuk header blog.

ibu n abah,
IM pun tengah membiasakan diri dengan smart phone ni. kena terjah jugalah teknologi baru ni.