Aku memang sejak dari dulu meminati musik. Agaknya, mewarisi darah seni abahku yang juga suka menyanyi. Cumanya, aku convert minat musik aku kepada nasyid.
Dan dari dulu juga aku meminati suara Munif Ahmad. Sebermula dia di dalam kumpulan NadaMurni hinggalah dia bersama kumpulan Hijjaz. Lagunya yang paling aku minati ialah Rindu. Cuma sekarang ini suara lunak Munif dah kurang lemak. Agaknya faktor usia. Tak sama macam Asri Ibrahim (Rabbani); makin berumur suara beliau makin mantap.
Meminati dia jugalah hingga kini aku berusaha mencari CD album siri Pelita Hidup I ~ VI dan Penawar Hati 1 ~ 7. Suaranya yang lunak membuatkan aku begitu menghayati irama dan lirik nasyidnya.
Akhill Hayy dalam CD ceramahnya bertajuk Seroja pernah mengatakan bahawa Munif Ahmad jika membawa semula lagu-lagu lama El Suraya, kadangkala lebih sedap dari penyanyi asal itu sendiri.
Baru ada 2. Dok cari lagi 4 tapi tak jumpa-jumpa... |
Nak cari lagi 2 CD. Mungkin ada kat Sungai Petani... |
7 ulasan:
Seiring peningkatan usia lagu2 nasyid lebih dekat di hati
memang betul tu...lagu/muzik ni tak kira lah apa jenis kegemaran masing2...boleh menenangkan fikiran
kak cik,
kekadang bila mendengar nasyid Al Jawaher atau Al Mizan, teringat zaman sekolah dulu dengan suasana kampung yang nyaman dan damai.
Bunda,
tadi sempat dengar lagu rock keras dari kumpulan nasyid Al Farabi. Ntahlah... nak tenang fikiran macam manatu? Lagi sakit kepala ada la....
Lagu qasidah pun mengancam juga IM, coba try sekali mesti nak berkali-kali.
Samalah dengan saya, kalu drive mesti psg lagu. Teman waktu sendirian.
assalamualaikum..
sy minat pada muzik n lagu..dahulu..dahulu punya cerita.. sempat ada band sendiri.. tp akhirnya sy melupakannya.. mungkin faktor usia kot
Bilakah album Penawar Hati (1-7) dikeluarkan?
Catat Ulasan