Ntah kenapa beberapa orang rakan sekerja berminat sangat nak tahu apa agenda aku sepanjang cuti 4 hari mulai khamis ini? Jawapku:
'Pagi Khamis aku akan hantar ibu_suri buat pemerikaan darah di klinik Kubang Semang. Kemudian hantar Viva untuk servis 5000km. Petang aku akan ke rumah mertua untuk bawa beliau ke galeri ArtTag di Tanjung. Nak repair cenderamata kapal layar yang diterimanya semasa aktif dalam MKJR dulu.
Hari Jumaat pagi, riadah di Tasik Mengkuang. Lepas sembahyang Jumaat nak cuci rumah baru Angah.
Hari Sabtu, pagi akan riadah lagi. Petang akan bentang tikar dan kemas-kemas rumah Angah. Aku memang betul-betul push Angah untuk segera pindah dari rumah aku sekarang ini. Aku dah nampak bunga-bunga yang tidak elok kembangnya jika lagi lama mereka inap di rumah aku yang bernama mertua. Malamnya aku akan ke Dewan Kondominium Perda - tengok-tengok persiapan kenduri anak besanku.
Hari Ahad aku akan hadir kenduri besanku di Perda. Memang aku amat menjaga hubungan baik sesama besan ini. '
Bila menelusuri agenda aku sepanjang 4 hari ini, tidak ada pula agenda untuk jamaah. Aduhh... terasa aku semakin futur dari agenda dakwah.
Ya... sejak ibu_suri diserang stroke pada 2008, istiqamah aku terhadap jalan dakwah menjunam. Walaupun aku kepingin sangat untuk bingkas kembali tetapi masih tertatih-tatih, terangkak-rangkak.
Huishhhh.... Apalah nak jadi dengan aku ini!
4 ulasan:
Tahniah kepasa angah sebab dah berjaya memiliki rumah sendiri. Second hand pun, apa ada hal. Jauh lebih baik berbanding mereka yang takde.
Memang banyak pakai duit bang kalau pindah rumah ni, tambahan pulak rumah second hand. Fuh, teringat beberapa tahun dulu buat 'make over' masa pindah rumah. Mujur ada yang bagi bantuab tenaga...
Pindah rumah memang sangat meletihkan. Pengalaman saya yang dah berpindah rumah lebih kurang 10 kali (maklumlah bentuk kerja sering berpindah randah) kadang2 lepas pindah 6 bulan pun, barang masih berlungguk di dalam kotak di rumah baru.
betullah..walau sekecil mana pun rumah, itu lebih baik. maklum, dekat bau tahi, jauh bau bunga..:-))
p/s saya belum ada perancangan lagi, huhu
Alhamdulillah angah dah boleh pindah rumah sendiri..
Memang la susah bila dah berkeluarga masih tinggal dengan mak ayah..
Pelan2 isi la rumah.. yang penting rumah sendiri.. mesti lagi seronok/bahagia..
Catat Ulasan