Sebenarnya Angah dah pun membeli rumah yang letaknya tak jauh dari rumah aku ini. Rumah second hand yang harga bukanlah macam harga kereta yang second hand sebaliknya mencecah 2 kali ganda harga asal. Ramai orang kata harga itu mahal tapi aku beritahu Angah;
"Kalau orang Cina, dia tak pandang harga rumah tetapi dia pandang pada hartanah. Syukurlah kerana kamu dapat beli rumah pada usia muda. Ada orang yang masih menyewa walaupun dah berderet-deret anak mereka."
Pening juga nak memperbetulkan rumah yang kondisi pendawaian dan pipingnya berselirat. Siling yang berlubang disamping cat dalaman yang berwarna gelap. Dari sini aku boleh agak sipemilik dulu bukanlah tahu 5S. Main tukang sesuka hati.
Bila Angah mengadu itu dan ini, aku cuba mententeramkannya. Aku tahu, dia agak tertekan dengan simpanan wang yang kontang tetapi perlu membuat pembaikian sebelum berpindah.
Ayu pula aku boleh nampak sudah mulai rimas samada duduk di rumah aku selaku mertua mahupun rumah maknya sendiri. Iyalah.... kecik kecik rumah sendiri lebih baik berbanding duduk di rumah yang bukan milik.
Aku beritahu Angah bahawa dia perlu buat pelan perpindahan. Usah fikir yang besar-besar kerana belum mampu. Fikir yang apa termampu buat di masa terdekat dan usahakan perlahan-lahan.
Sebagaimana dia sedang memulakan perjalanan hidup yang tidak tahu apa yang akan berlaku di hadapan, begitu juga aku dulu.
Sebenarnya dia baru masuk gear satu. Bebeza dengan aku yang dah hampir nak sampai ke garisan penamat. Jauh lagi perjalanannya dan banyak lagi lurah dan bukit yang perlu diterokainya.
6 ulasan:
Semua org muda pn seperti angah. Kami suami isteri dulu masa beli rumah cukup cukup jer gaji sebulan. Gaji itulah byr ansuran, beri pada mak ayah, tanggung adik beradik sekolah ..alhamdulillah sekarang adik adik dh abis pengajian, kewangan pun tambah baik.
Wang itu umpama air: kalau guna ada manfaatnya, kalau tak guna habis sia-sia. Lalu lebih baik gunakan ia utk masa depan keluarga. Ia pelaburan yg tak pernah merugikan...
Alhamdulillah,angah patut brsyukur krn mampu miliki rumah diusia muda..settuju dengan IMorang cina tk pandang harga tapi mereka pandang nilai pelaburan akn datang....
Syukurlah Angah dah ada rumah sendiri...
bila seorang wanita bergelar isteri..dia inginkan kehidupan sendiri,bersama naka dan suami...ada privacy...
saya sendiri tak selesa tinggal bersama mertua atau mak sendiri lps kawen...
Bila dah duduk rumah sendiri kadang-kadang terasa nak pindah balik rumah mak...hehehehehe....kadang-kdang terasa nak tido dengan mak juga....
Catat Ulasan