Aku menemani besanku ke majlis akad nikah dan kenduri kahwin anaknya (adik Ayu) di Taman Sri Sayang, Pengkalan Barat, Lahat, Ipoh.
Jodohnya dengan orang Minang. Bila sesama mereka bercakap memang aku tak faham. Dialeknya memang asing. Mereka mempunyai persatuan mereka sendiri. Kenduri ini dibuat secara gotong royong sesama mereka. Begitu kuat ikatan persaudaraan mereka!
Aku berpesan pada besan aku; jika nak pergi makan kenduri di Perak, mesti jangan lewat dari pukul 3. Kalau lebih dari pukul 3, alamat makan kat atas rumah.. bersila dengan pengantin yang dah bertukar memakai sarong pelikat.
Aku amat jarang menjadi ahli rombongan pengantin. Istimewanya menjadi ahli rombongan ialah dapat makan di meja khas. Lauk pauk masakan mereka memang sedap. Sudah tentu kalau di Perak, rendang memang terbaik. ala-ala rendang tok. Disamping itu ada juga dihidangkan tumisan ubi kemili. Sedap... memang sedap.
Sayangnya, oleh kerana aku memang terpaksa 24 jam berkepit dengan ibu_suri, aku tak teringat pun nak ambil gambar. Cucu aku pula tiba-tiba saja meragam serba tak kena.
Gambar di bawah ini aku ambil dari FB maplei... ( mempelai )
Bentara Lelaki - semuanya veteran |
Bentara perempuan bersama mempelai
Kagum juga bila melihatkan ponu ( mempelai perempuan ) tinggi lampai. Rupa-rupanya, adik dia lagi tinggi. Kalau dah jodohkan...
|
5 ulasan:
betul tu IM..saya pernah pi kenduri kat perak,baru 2 lbh..belum pun pukul 3...dah tinggal kuah ja dlm tray...bentara pun dok rehat dah..tak layan dah tetamu..
Dah lama tak makan rendang tok yang betul2 sedap.
rasa mcm nak mkn je rendang tok..
Pernah sampai pukul 3.30 macam IM kat tingai kuah sja
tumis kemili? cemana tu biasa makan rebus ja...mesti sedap kan
Saya pernah pi kenduri di rumah kawan di KL. Sampai lewat, nasi dan lauk pauk dah habis masa tu. Tuan rumah dengan wajah serba salah beri roti gardenia cicah dengan saki baki kuah yang ada..Tapi tak pa lah, kita pi pun bukan utk makan sangat, utk mengeratkan silatur rahim, itu yg utama...
Catat Ulasan