Ahad, 12 Januari 2014

Zaitun

Aku dah stop amalan makan oat bran sebaliknya mulai amal memakan softgel minyak zaitun. Aku tertarik cara ini untuk menjaga tahap kolestrol jahat (LDL) dalam badan sejak berdiskusi dengan rakan sekerja - seorang DDM (Deputy Department Manager).

Lagipun, bila masuk bungkusan ke 2 yang aku beli, aku mula rasa jemu dan muak. Aku tahu cara ini takkan kekal lama. Aku lebih suka cara kapsul atau pil. Alhamdulillah, aku jumpa ini.

Aku juga belikan untuk ibu_suri kerana ia bagus untuk individu yang obes. 

Amalan memakan Habbatus Sauda juga masih aku teruskan untuk botol yang ada sekarang tapi tak pasti akan diteruskan atau tidak. Aku ni bukan gemar sangat memakan bermacam-macan jenis pil atau kapsul ni. Aku lebih cenderong kepada kaedah menjaga pemakanan secara asal yakni apa yang kita makan sehari-hari.

Apapun, aku semakin merasakan bahawa melangkah ke tahun 2014 ini (walaupun aku pun tak galak sangat menyambutnya bebaru ini) terasa tubuh semakin tidak kuat. 

Hakikat bahawa kematian semakin hampir dan mesti akan ditempuh tidak dapat dinafikan. Hatta, bersedia saja dari segi material dan mental.

Tok Ba dan abah dah bertahun-tahun pergi menghadap Ilahi. Ntah bagaimana agaknya keadaan mereka di sana. Kekadang nakal juga otak ini bila merasakan - kalaulah mereka boleh balik sekejap berjumpa aku dan bercerita perihal pengalaman mereka di sana..... tentunya lepas itu aku tak mahu pergi ke mana-mana lagi selain iktikaf di masjid semata!

9 ulasan:

Bearcat berkata...

IM, saya nak cuba jugaklah kapsul minyak zaitun ni...
Thanks :)

JR berkata...

Saya pula lebih suka mengelakkan makan benda2 berkolestrol tinggi dari mencari ubat utk mengurangkan kolestrol yg kekadang cuma dijual utk tujuan pasaran....

Tanpa Nama berkata...

pil? supplement? hehee, saya pun jenis yang tak suka makan benda2 macam tu. komitmen kena tinggi bang...

Nor Azimah Ali berkata...

kita usaha dan ikhtiar je kan, kalau sakit susah juga nak beramal ibadah

NzA berkata...

Supliment tu sekadar tmbhan . Tidak boleh mkn berlebihan atau berterusan. Ada kesan juga nanti. Seorg doc pernah nasihatkn saya agar brwaspada ambil supliment. Tak kena cara atau kurang minum air akn merosakkn buah pinggang. Ktnya sistem mknan kita sudah cukup utk menampung sistem badan secara semulajadi. Sy pun tak pasti,

Tanpa Nama berkata...

Saya pula mengamalkan ubat homopati. Alhamdulilah serasi dengan saya

Kamsiah yusoff berkata...

berlambak makanan kesihatan kat pasaran..kdg2 keliru..mana yg tipu,mana yg bermutu..

faizah berkata...

Muak jugak dengan oats.. tapi diteruskan jugak..

sud@is berkata...

ntah la saya payah nk istiqamah pd satu2 ubat atau vitamin yg diambil, masa ni makan yg tu jg zaitun n h sauda