Dah terlalu biasa berdepan dengan jem setibanya di lampu trafik simpang USM-Sungai Dua, Batu Uban ni. Hari ini, semalam dan sebelum-sebelum ini pun macam nilah.
Hari ini, Isnin. Masa-masa gini memang, aku dan JH tak akan lupa untuk memilih siaran radio Klasik Nasional kerana ada ruangan yang sama-sama kami minati, ADILA. Kisah yang dipapar hari ini memang menarik. Lagu iringan pula alunan suara P Ramlee dan Saloma menghiasi tulisan seorang pengirim.
Kebetulan pula di kanan kami terpampang mural P Ramlee yang sedang tersenyum memakai tarbus. Aku senyum sendirian. Teringat sejarah bagaimana tarbus diperkenalkan oleh Kamal Atartuk bagi menggantikan serban.
Betulah bak kata bait-bait lagu itu. Buanglah yang keruh, ambillah yang jernih. Dalam kehidupan ini, jangan terlalu beremosi sangat sebaliknya gunakanlah akal yang panjang dan waras. Kalau ada kelemahan atau kesalahan, kecil-kecilkanlah. Lihatlah pada kebaikan atau kekuatan seseorang.
Terutama dalam hidup berumahtangga, suami isteri mesti ada sikap saling faham memahami, menghormati dan saling toleransi.
Suami yang hebat ialah yang menghargai dan menghormati isteri. Isteri yang hebat pula ialah yang menjaga dan mengurus hal-hal suami.
Itulah yang aku rindukan sejak dari mula bergelar suami. Walaupun tidak tercapai hasrat itu 100% tapi aku kena akui, syukurlah dengan apa yang aku ada dan telah aku lalui.
2 ulasan:
Suka dengan kata-kata ini: "Suami yang hebat ialah yang menghargai dan menghormati isteri. Isteri yang hebat pula ialah yang menjaga dan mengurus hal-hal suami."
Kadang-kadang ada hari mungkin hormon terlebih aktif atau ketidak stabilan emosi yang dibawa dari tempat kerja menyebabkan kita masing-masing terlupa kekuatan dan kehebatan kita, lalu jadilah kita insan lemah bila mudah diperdaya syaitan....
lagu dulu2 penuh dgn makna tersirat..tak jemu didengar walaupun senikatanya ringkas ja
Catat Ulasan