Sabtu, 15 Februari 2014

Dah Jumpa!

Dah 2 minggu aku tak beriadah setelah Mengkuang Dam diisytihar tutup dari kunjungan awam awal bulan ini. Terasa semacam sesuatu keindahan, kenikmatan atau kebiasaan sudah hilang.

JH semalam ada meyarankan aku supaya pergi meninjau satu tempat di antara jalan menuju ke Sungai Dua tak jauh dari rumah aku ini. Dulu khabarnya memang ada pusat rekreasi di situ akan tetapi akibat tak dijaga dengan baik, ianya rosak.

Pagi tadi aku ajak ibu-suri pergi ke arah sana. Namun apa yang aku dapati tempat itu memang tempat rekreasi tapi lebih kepada menikmati keindahan alam hutan berpaya berbanding untuk riadah jogging. Hampa juga rasanya.


Aku ambil keputusan untuk cuba jengah trek jogging di pesisir Masjid Seberang Jaya. Puas juga aku putar-putar stereng  Viva aku ni  untuk cari  jalan masuk  yang  sesuai. Sesuai  dalam  ertikata, boleh parkir kereta dekat dengan trek dan selamat untuk tinggalkan ibu_suri sendirian menunggu.

Wah! Rupanya tempat ini not bad juga. Ada 3 pintu masuk yangmana satu darinya cukup selesa untuk meletakkan kereta. Malah ibu_suri boleh berjalan dan duduk di pondok yang disediakan sementara aku mudah berlari di trek yang bulat umpama trek stadium tetapi dilantaikan dengan simen. Lebih selesa ialah ianya dirimbuni oleh pokok-pokok hijau yang meneduhkan.

Rasanya, ini trek kedua terbaik selepas Mengkuang Dam. Kurangnya trek ini berbanding Mengkuang Dam ialah, di sini pemandangannya tidak lapang berbanding Mengkuang Dam yang memiliki tasik dan bukit.

Apapun, untuk setahun dua ini, trek tepi Masjid Seberang Jaya ini adalah pilihan yang terbaik!

9 ulasan:

Nor Azimah Ali berkata...

Alhamdulillah..selamat beriadah

Kamsiah yusoff berkata...

semangat beriadah yg berkobar2 ya IM...

sud@is berkata...

Selalu juga singgah sini, besar juga masjid ni..tu la yang syoknya landskapnya...sejuk

JR berkata...

Yg penting kena beriadah selalu, kalau boleh hari2, kalau tak boleh cukup 3 kali seminggu....Selamat beriadah....

Murni Alfathunnisa berkata...

yg dekat masjid tu..parking dalam area masjid ya IM..? IM tak try jogging kat stadium jalan betek? Mengkuang tutup pasai apa..?

Cik Wawa berkata...

untung lah IM ada masa beriadah... sy ni sbb tlalu sibuk belajar xda masa nak beriadah. bla blik kelas msti penat n masa ptg adlh masa utk tdo sbg melepaskn penat mental & fizikal ....

Tanpa Nama berkata...

haha, dah jumpa port baru. kembali bersemangat!

insan marhaen berkata...

murni,
haah... nanti IM pi try kat sana. tak teringat.

menguang tutup pasai projek pembesaran empangan.

Kakcik Seroja berkata...

Selamat beriadah. :)