Jumaat, 17 Oktober 2014

Mimpi Mak


Buat kesekian kalinya, malam tadi aku mimpikan mak lagi. Latar belakang suasana rumah adalah sekitar hujung 60an. 

Macam kami sekeluarga sedang sibuk dengan persiapan kenduri kahwin. Herannya, kenduri kahwin itu akan di adakan di rumah mak saudara di Kampung Tasek. Mak saudara itu aku panggil Mak Nyah.

Dan lagi.. yang jenuh aku fikir sebaik saja tersedar dari tidur bila jam dah pukul 8 pagi ialah... siapa yang kahwin sedangkan aku dan adik masih kecil?

Apa pun, walau mungkin pendapat yang mengatakan bahwa jika kita mimpikan sesaorang maka elok jika kita ziarah dia itu tidak benar seperti sini, namun aku rasa sampai masanya untuk aku balik kampung tengok mak. Esok atau lusa.... mungkin.

Sementelah mak pun mutakhir ni seperti mengalami sindrom lupa dan bercakap atau bertanya sesuatu berulangkali.

Seperti yang pernah aku tulis di sini, aku jarang sekali mimpikan abah tetapi sebaliknya selalu mimpikan mak!

3 ulasan:

JR berkata...

Saya pula lebih kerap mimpikan ayah dari mak saya walaupun kedua-duanya sudah meninggal....

Kamsiah yusoff berkata...

saya jugak kerap mimpikan arwah mak...anehnya jika mipi balik kampung,tetap arwah mak yg ada dalam mimpi walaupun ayah dah ada isteri baru..saya tak pernah mimpikan emak baru hehe..

shaliza berkata...

Rindu arwah ayah pulak bila baca entri ni:-)