Alhamdulillah, Viva aku dah siap dibaikpulih oleh Perodua semalam. Terasa nyaman di hati kerana dapat memandu semula kereta sendiri. Sebelum ini meminjam kereta Angah untuk ke mana-mana. Susah hati juga dibuatnya walaupun bukan pasal anak tapi menantu yang aku tidak tahu perasaan apa yang bermain di hatinya. Kedua Viva aku dan Angah di beli atas nama Ayu.
Jadi, sebelum aku pulangkan kembali kereta, aku hantar cuci dulu di Rapid CarWash, Petronas dan isi minyak penuh tangki di Petron, Seberang Jaya. Supaya nanti mereka tak terkata apa tatkala menerima semula kereta mereka dalam kondisi yang baik. Bukan mudah juga nak jaga hati menantu. Ini baru seorang...
Apapun, bulan ini memang aku ada banyak agenda jalan jauh. Balik tengok mak di kampung, kenduri kahwin di Kampar dan ke Slim River ziarah bapa saudara.
Aku khabarkan pada ibu_suri;
"Sebenarnya, biarlah kereta jenis apapun, yang penting kita jaga dengan baik. Selagimana ianya memudahkan perjalanan kita selagi itu kita guna. Usah ingat nak beli kereta baru yang lebih besar. Dunia ni takkan puas untuk diburu..."
Merujuk pada rungutan ibu_suri yang sering menyuruh aku menukar kepada kereta baru kerana kereta ini pada dia... sempit!
5 ulasan:
takpe lah IM ,kereta apa pun asal memudahkan perjalann kita tak menjadi soal .Kami sekeluarga pun gunakan kereta murah buatan malaysia .
Beritau ibu suri bagi lelaki kereta juga umpama isteri, selagi ia masih baik dan si-pemilik masih sabar dengan kerenahnya, ia akan terus digunakan...
Bersyukur kerana masih ada kereta yang boleh digunakan berbanding mereka yang terpaksa menunggang motorsikal dengan membawa anak isteri...
yan juga lebih selesa guna kenderaan sendiri..kecuali terdesak aje baru pakai adik punya..tu pun kerna terpaksa...
brape lame ye baru siap kereta tu..
Catat Ulasan