Sabtu, 2 Januari 2016

TERIMA KASIH


Rasa terharu bila diberitahu bahawa grup wassup ex-src (rakan-rakan spm 1977 sekolah raja chulan ipoh) sudi memberi sumbangan kepada ibu_suri.

Terima kasih sahaja yang dapat aku ucapkan.

Rasa tak layak menerima. Masih ada orang lain yang lebih kekurangan memerlukan. Namun aku faham niat mereka ikhlas atas nama kebersamaan.

Bila aku khabarkan kepada ibu_suri, tampak kuntum bahagia di senyumnya.

Lalu aku terfikir bahawa alangkah beruntung jika kita setiap hari dapat membahagiakan orang lain.

Sekali lagi, terima kasih kepada yang bernama.... sahabat!

6 ulasan:

saniahibrahim berkata...

Alhamdulillah,dpt kwn2 yg baikhati.Group wasap saya exstudent pun baru2 buat sumbangan derma utk sorang dari kami yg suaminya sakit kanser dn baru ni meninggal.

Nor Azimah Ali berkata...

alhamdulillah, rezeki tahun baru yea IM, moga ada sinar baru, in shaa Allah.

iryantyismail berkata...

ada baiknya juga punya group waasup dan kawan2 yang baik ...dimasa susah dan senang

Kakcik Seroja berkata...

Alhamdulillah...

Jangan ditolak rezeki yang datang. :)

Unknown berkata...

Assalam. Yang ada mencukupkan yang kurang. Lengkaplah hidup. Alhamdulillah.

Omong Mak Long..... berkata...

Alhamdulillah...rezeki yang Allah beri dalam pelbagai rupa.