Hari ini, khutbah Jumaat di masjid tamanku memetik ciri-ciri orang yang baik menurut Islam;
1. Yang teguh imannya kepada Allah
2. Yang menjaga hubungan silaturahim sesama mansuia
3. Yang menjaga kualiti dan menambah kuaantiti ibadahnya
4. Yang sentiasa bersyukur kepada pemberianNya
5. Yang sentiasa sabar dalam apa juga musiah yang menimpa dirinya
Aku lebih suka berbaju T dan berseluar sahaja ke masjid.
Kekadang rasa canggung juga bila hadirin lain berjubah, berkurta atau paling tidak berbaju Melayu.
Bukan tiada itu di rumah tapi ntah kenapa citarasa aku lebih suka kepada yang biasa biasa.
Tambahan pula selalunya aku ke masjid selepas sahaja mengambil Marissa dari tadika dan kemudiannya bawa ibu_suri makan tengahari.
Lepas selesai sembahyang selalunya aku akan ke Rapis Wash, Seberang Jaya - cuci kereta. Selesai cuci kereta, aku curi peluang bersendirian minum kopi di warong berdekatan...
1 ulasan:
Asalam IM..apa khabar ya..semoga sihat2 sahaja ya
Catat Ulasan