Terjaga dari tidur bila terasa nak buang air. Bangun.
Tapi tatkala tangan menekan tilam untuk menegakkan badan, terasa ada yang basah. Hmm...
Aku malas fikir. Dalam mamun aku turun dari katil dan mencari pintu bilik.
' Kencing... ' kedengaran perlahan suara ibu_suri. Suara ' takut kena marah '.
' Arghh... Esok aje lah! ' jawapan malas fikir dari aku.
Kerling jam di dinding. Baru 2.30 pagi. Rasa macam dah lama tidur.
Usai ke bilik air aku baring di kerusi panjang. Memang fe'el akulah tu. Berbaring di ruang tamu berasa lebih lapang dengan cukup sekadar kipas angin.
Tak lama...
'Abang... I nak mandilah. Basah habis baju ni...'
Aku hanya mengiya. Mata cuba untuk lelap semula. Rasa leceh berputar putar dalam benak. Nak marah tak guna pun.
Bila teringat bau hancing, aku paksa diri untuk bangun. Buka cadar yang baru saja aku tukar kelmarin sempena sambut Raya, sarung bantal, kain pelikat lapik tidur, sarung bantal malah alas kaki... aku tauk ke dalam mesin basuh tanpa sabun untuk basuhan pertama.
Tilam itu aku terbalikkan. Bau dah mula merayap di celah celah bulu hidung. Maklumlah, kumuhan orang tua...
Hal ini bukanlah pertama kali. Dah berkali kali hingga naik mangli. Aku harus terima dan tangani dengan sikap terbuka.
Bila ibu_suri dah selesai aku lapkan, aku kembali melabuh badan di kerusi panjang.
' Mai la tidur sini! '
' Takpalah. Abang tidur kat luar saja. Nak tengok tengok mesin basuh... ' aku berhelah.
Terdengar bunyi mesin basuh spin dan drain beberapa kali. Namun mata ini tak mahu picing.
Akhirnya aku ambil keputusan untuk bancuh teh dan makan roti sambil teringat blog yang belum update.
Nasib baiklah esok masih bercuti...
8 ulasan:
Bertabahlah
Pakaikanlah pampers utk tido malam, sekurg2nya tkdelah kena bangun buat kerja tgh2 malam.
Gayanya kena beli alas getah sebagai altenatif, jika tak penat nak basuh tilam.
Jika boleh malam kurangkan minum air.
SAYA SETUJU DGN CADANGAN nORAZIMAH..PAKAIKAN PAMPERS UTK IBU SURI..MMG MULA2 DIA TAK SELESA..
Mama setuju dgn semua cawangan Di atas. Bertabahlah insya Allah besar ganjarannya
Tengokkan saiz ibu_suri(minta maaf IM), susah rasanya nak cari lampin pakai buang yg sesuai dipakai, tambah pulak ibu_suri pengidap diabetes, senang jadi gatal2 kalau pakai lampin pakai buang.
Mungkin boleh sediakan lampin tu ditempat yg senang ibu_suri nak capai, bila perlu dia boleh ambik dan jadikan lapik..
sabar ya pak cik...
memanglah sangat berat.
beli pengalas tilam . lebih mudah bila ada insiden begini. cuma perlu basuh alas tilam tu je.
Catat Ulasan