Jumaat lalu, 10hb, ibu_suri discaj dari wad 10 Hospital Bukit Mertajam setelah 3 hari di katil.
Seperti kes sebelum ini, dalam badan ibu_suri ada lebihan airo. Dktor terpaksa memberinya sedutan gas untuk 'memaksa' dia kencing. Aku agak ada sekitar 3 beg sendat dengan air kencing ibu_suri yang berjaya dikumuhkan.
Balik ke rumah, malam itu ibu_suri asyik terkencing hingga aku tak boleh tidur hingga pagi. Berkali kali tukar lapik tidur, bantu dia ke tandas, mandi, salin baju dan sebagainya.
Sejak keluar wad juga selera ibu_suri merudum jatuh. Puas tanya nak makan apa atau aku main beli ikut firasat aku sendiri tapi akhirnya dia tak lalu dan aku yang habiskan.
Malam ini aku singgah di Restoran Al Amin, belikan roti canai. Apa apa sanalah asal dia mahu makan.
Esok jadual dia jumpa doktor di Klinik Kubang Semang. Nak tanya doktor phla kenapa dia selalu rasa sakit kat perut. Memang, bila aku rasa perutnya rasa keras satu macam.
Macam macam pula teoribyang bermain di fikiran. Harap harap tidaklah serius.
2 ulasan:
Alhamdulillah bertuah ibu_suri bersuamikan IM..
Bukan semua kaum adam mampu sesabar ini di dalam melayani orang sakit dan tiada kudrat untuk uruskan diri sendiri.
Doakan muga saya terus sihat dan tabah.
Terima kasih...
Catat Ulasan