Isnin, 18 Mac 2019

Malangnya Nasibku...

Sedang gelisah memikirkan...

1. Duit ofis hilang RM600 sebelum sempat menyimpannya di bank. Kuat sangkaanku ianya di curi oleh Akhmal.

2. Semalam, aku juga baru perasan tong gas dapur aku juga hilang. Ini memang kerja dia. Ini dah kali ke 3 dia buat perangai seperti ini. Akibatnya, aku tidak dapat memasak hatta untuk goreng telor dadar.


3. Tunggakan bil yang mencecah lebih RM1k. Jika tidak dilunaskan pada 25hb ini tindakan pemotongan akan dilakukan oleh TNB. Masaalah kepada ibu_suri nanti.


4. Kompresor aircond kereta VIVAku yang mula menunjukkan tanda-tanda rosak. Disarankan oleh bengkel untuk diganti. Harganya dijangka RM800++. Jika tidak dibaiki segera juga akan beri kesan negatif kepada ibu_suri yang memang kelaziman aku membawanya bersiar-siar keluar rumah bila saja balik kerja atau cuti hujung minggu.

Nak minta bantuan dari Along dan Angah, tak sampai hati kerana aku tahu mereka juga punyai kekangan kewangan tersendiri.

Muga Allah berikan jalan keluar dari permasaalahan ini....

6 ulasan:

Warisan Petani berkata...

Mudah2an ada jalan penyelesaiannya
Semoga dipermudahkan

Etuza berkata...

asalam banyakkan bersabar ya, pasti ada jalan selesaikannya

Kakcik Seroja berkata...

Semoga Allah SWT permudahkan segala urusan IM... Aamiin...

Unknown berkata...

Assalammualaikum. Boleh emailkan nombor telefon encik pada saya di spzlegacy@gmail.com..

OKje berkata...

Salam kenal....
Moga sabar dan redho ye IM.... selagi namanya manusia, kita mmg sentiasa diuji

Normala Saad berkata...

Semoga semuanya dipermudahkan.