Isnin, 9 Januari 2023

Kehidupan Yang Sunyi

Ntah kenapa hari ini aku rasa sedikit 'ting tong'. kepala berdenyut tapi bukan juga sakit kepala. Badan rasa terawang awang. Namun aku gagahi juga ke tempat kerja walaupun tempat kerja ini sekarang tak semeriah dulu. Bos pun dah lama tak datang. Adik bos merangkap staf kewangan juga dah lama tak scan in. Aku tak kisah sangat. Lagi baik kalau dia orang semua tak ada, rasanya. Aku bebas sikit buat kerja apa yang patut.

Oleh kerana aku faham, syarikat aku sekarang menghadapi masaalah  kewangan terutama sejak selepas Covis ini kerana bisnes sudah tidak rancak sebagaimana sebelum Covid. Aku datang buat kerja kerja kemaskini jadual kelas Reading Center disamping baca emel, tulis blog dan sapu sapu pejabat yang berhabuk.

Kalau tak ke sini sebaliknya duduk di rumah aku akan habiskan masa dengan tidur, lagi la tak bagus. Naik lemau badan aku dibuatnya.

Aku pun dah dua bulan tak dapat gaji. Harap duit yang anak anak bagi je. Sikit sikit hasil aku jual cd. Aku pun dah kurang minat kumpul cd. Dah tua kot. Cukup cukuplah dengan hobi. 

Hidup sorang. Makan atau tidak, aku sorang je yang tanggung. Kalau dah takada sangat, makan megi atau biskut sahaja pun ok.

Nak buat apa lagi di rumah kalau dah tinggal sorang diri aje. Dulu masa ada ibu_suri aku punyalah rasa tension dan tak boleh rehat sebab kena urus ibu_suri. Kadang tengah sedap berdengkur ibu_suri gerak beritahu dia berak. Bangunlah aku dengan 'terpaksa' membersihkan sidia.

Ke rumah adik beradik ibu_suri juga aku dah lama tak pergi. Sejak mak dan abah ibu_suri tiada, kemesrtaan kami dah kurang sebab jarang berjumpa.

Semalam Angah bagitau dia dihinggap Covid. Along pun dah lama tak balik. Akhmal, sejak dapat anak ni pun gitu juga. 

Tak mengapa. Aku faham. Kalau nak dibandingkan dengan mak aku yang lumpuh paras pinggang,  juga tinggal seorang di rumah kampung; itu lebih sunyi dan menyayukan....

5 ulasan:

Syazni Rahim berkata...

Saya baca post ini, terasa sunyinya itu.

Suria Amanda berkata...

Allah...sampai macam tu sekali IM hadapi...jaga diri IM...covid dah makin berleluasa semula ni

AiniHalim berkata...

Sedih baca blog IM..
Semoga IM dimurahkan rezeki..
Salam kenal dari Puncak Alam..

Warisan Petani berkata...

Kena berkawan dengan flora dan fauna
tentu tak sunyi

Rozita Ceritaita berkata...

Kena keluar buat hobi yang boleh hilangkan kesunyian tu IM