Sabtu, 27 Jun 2020

Musik


Makan tengahari dan makan malam hari ini ini aku suapkan ke mulut ibu_suri. Aku tak benarkan dia bangun dan duduk kerana tahu dia akan kesakitan bila bergerak. Aku biarkan dia baring sahaja walaupun aku tahu tindakan aku ini tidak sihat untuk dirinya.

Tak sangka akhirnya ke tahap ini aku perlu menjaganya. Selama ini aku cuma dengar kisah dari orang lain sahaja.

Dari satu sudut aku fikir ibu_suri beruntung sebab ada suaminya yang setia
menjaganya dalam serba serbi. Rasanya aku telah menjaga dia sebaiknya walaupun ada juga ketika aku rasa marah, rasa jemu, rasa terkilan malah kekadang menipu dirinya untuk melepaskan diri atau tidak mahu menyusahkan hatinya.

Adik beradik dia, adik beradik aku, kawan kawan dia, kawan-kawan aku, jiran hatta anak anak aku pun mungkin tak tahu susah payah aku menjaga istriku.

Tak apalah, perlu apa sangat mereka tahu. Biarlah aku hadap sendiri.

Cuma yang aku pohon ialah aku masih berdaya untuk menjaganya. Sebab itu dalam masa yang sama aku mahu menjaga kesihatan diriku sendiri, menjaga emosi dan kawal tekanan perasaanku.

Sebab itu kalau kalian ada yang follow fb aku, aku selalunya menulis pasal lagu atau koleksi cd aku. Itulah yang menghiburkan aku. Tempat aku melampiaskan tekanan.

Aku memang gemar musik dari sekolah lagi. Ini semua diwarisi dari abah aku yang juga meminati musik. Jika aku rasa tertekan amat, aku akan drive sambil pasang volume lagu kuat-kuat.

Khabarnya, mak dan abah aku berkenalan dulu dari musik juga. 

Dan abah kau juga kalau putar piring hitam, suka pasang suara kuat-kuat. Sebab itu anak-anaknya dulu kalau tidur, suka letak bantal atas kepala ( telinga ). Kalau tak tak boleh tidur...

Straw

Malam tadi ibu_suri mengadu sakit lutut kanan pula. Mengerang dia setiap kali nak ubah posisi kaki.

Sejak malam tadi juga ibu_suri minum guna straw.

2~3 hari ini ibu_suri tak lalu makan. Mungkin sakit bahunya itu membantutkan selera.

Aku tak ada idea nak buat apa. Sorang-sorang aku di rumah, buntu juga.




Khamis, 25 Jun 2020

Sakit Bahu Pula...

Dah 3 hari ibu_suri mengadu sakit di bahu kiri. Mengerangdan menangisnya ngalahkan anak kecil. Minta dipici picit dan diurut, mau aku selalu duduk di sisi dia selalu. Dah macam lembu dicucuk hidung pula jadinya aku.

Tak tahu puncanya bagaimana ia boleh jadi begitu. Elok sahaja rasanya malam itu kami tidur bersama tau tau esok pagibya dia mengadu bahunya sakit. Bila bahu sakit kian sukarlab pergerakannya. Nak kesut badan ke kanan atau kiri jadi tetseksa sebab tangannya sakit. Pantang aku terusik sikit bahunya tika mengelap badannya sebelum tukar lampin dan baju juga dia dia akan mengaduh dan kekadanv menangis kerana bagi dia terlalu sakit.

Berkali kali dia minta aku bawakan dia ke hospital tapi tak semudah itu sebenarnya.

Entahlah... Lihat saja lagi 2~3 hari nanti bagaimana.

Kerja ofis aku juga terganggu. Dia tak bagi aku ke tempat kerja.

Kadang bila balik tengahari belikan dia makan, boleh dengar dia mengerang dari dalam bilik.

Bila time berak atau basab lenjun lamlin, lapik tidur dan bajunya dengan kencing, Tuhan sahaja yang tahu betapa aku terpaksa menelan segala kesabaran, bebal dan amarah yang bercampur baur dalam dada bersama keletihan, kejemuan dan ketidakupaya tenaga.

Muga Allah kuatkan semangatku ini. Aku masih tetap mahu menjaganya hingga akhir hayat dia. Muga Allah beri aku kesempatan menjaganya dan jangan ambil nyawa aku sebelum nyawa dia...

Selasa, 23 Jun 2020

AF

Selain hal ibu_suri dan AAA, AF juga kekadang membuat aku rasa tertekan.

Sejak PKP, anakku AF terkesan dengan kos sara hidup. Dia tidak mendapat gaji kerana syarikat tempat dia bekerja tidak lagi mendapat kontrak membekal simen kongkrit diakibatkan oleh sektor pembinaan diarah memberhentikan operasi.

Lihat klip video AF bawa lori di sini

Duduklah dia di rumah selama 3 bulan tanpa boleh berbuat apa apa. Pendapatan kosong selain bernasib baik mendapat bantuan dari skim BPN.

Tapi berapa lamalah sangat dia boleh bertahan dengan tanggungan istri serta 3 anak yang masih kecil.

Kelmarin dia mengadu kepada aku yang bekalan dapur rumahnya hampir kering. Duit yang ada dipoketnya juga tinggal saki baki untuk minyak kereta dan tol ke tempat kerja yang baharu saja nak pulih dengan tempahan konkrit. Itupun dia terpaksa bersaing dengan lain lain pemilik lori mixer milik syarikat YTL yang lain.

Aku pun tak tahu nak tolong dapatkan sumber RM untuk dia dari mana. Hanya harapkan abang dia AA yang dapat membantu sedikit.

Pendekkata, kekadang aku rasa jealous dengan kawan kawan aku yang lain. Mereka ada masa untuk membawa istri dan cucu berjalan jalan atau mengeteh dengan kawan kawan ramai sedangkan aku hanya dengan dunia aku yang seumpama di bawah tempurung.

Okey lah... Aku kena sediakan makan untuk ibu_suri.

Entri ini aku tulis sama masa dengan aku memandikan ibu_suri tadi...

Khamis, 18 Jun 2020

Sebak


Sediakan makan pagi untuk ibu_suri sebelum bersiap-siap ke tempat kerja.

Kami sama sama sebak di birai katil. Teringat nasib Akhmal yang dijangka akan dipenjara selama 5 tahun dengan sebatan.

Entah sempat entah tidak dia melihat aku tatkala tiba masa dia dibebaskan kelak.